CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8051|Reply: 16

[DUNIA] Arab Saudi Buka Kota Al-Ula Untuk Pelancong, Kenapa Umat Islam Dilarang Berkunjung Ke Kawasan Ini?

[Copy link]
Post time 21-3-2023 02:12 PM | Show all posts |Read mode


Arab Saudi Buka Kota Al-Ula Untuk Pelancong, Kenapa Umat Islam Dilarang Berkunjung Ke Kawasan Ini?

Kerajaan Arab Saudi menghabiskan hampir AS$15 bilion untuk pembinaan semula kota Al Ula atau lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai Madain Saleh yang di mana mengikut sejarahnya pernah diminta oleh Nabi Muhammad supaya dihindari untuk ke sana.

Nabi Muhammad pernah mengelak kawasan ini kerana terkenal sebagai tempat turunnya azab Allah kepada kaum Nabi Saleh. Bagi masyarakat Saudi pula, kawasan yang terletak 1,100 km dari ibu kota Riyadh itu juga dianggap sebagai tempat tinggal roh jahat.





Memetik dari Arab News, pembinaan yang disasarkan siap menjelang 2035 itu akan menjadikan Al Ula sebagai bandar peranginan bagi menarik pelancong datang ke Arab Saudi. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Diraja Al Ula (RCU), Amr Almadani, berkata bandar itu akan mempunyai sistem trem rendah karbon sepanjang 46 kilometer.

Dalam pelan induknya, Putera Mahkota Mohammed Bin Salman berkata bahawa Al Ula akan menarik 2 juta pengunjung setiap tahun dan mewujudkan 38 ribu pekerjaan. Jika berjaya, bandar itu sahaja akan menyumbang AS$32 bilion kepada ekonomi Saudi.

Kenapa Umat Islam Dilarang Masuk Ke Kawasan Ini?
Menurut laporan Kompas, kota Al Ula telah direkodkan sebagai kawasan kediaman manusia sejak beribu tahun dahulu. Manusia difahamkan telah mengasaskan kota berdinding itu sekitar abad ke-6 SM. Lokasi Al Ula sendiri adalah di Jalan Kemenyan, yang merupakan laluan perdagangan penting yang menghubungkan Arab, Mesir dan India.

Pada abad ke-7 hingga ke-6 SM, kawasan ini telah didiami oleh kaum Thamud dari Kerajaan Dedanite. Kemudian antara abad ke-5 dan ke-2 SM, Al Ula didiami oleh Kerajaan Lihyan, yang dipimpin oleh dinasti Nabatean. Orang Nabataean memerintah sehingga kira-kira 106 AD, apabila ibu kota mereka, Petra, telah ditawan oleh orang Rom.

Orang Nabatean kemudiannya menjadikan al-Hijr atau Madain Saleh sebagai ibu kota baru mereka dan mengukir kawasan pergunungan berbatu ini sebagai rumah mereka. Tambah laporan itu lagi, selain tinggal di Madain Saleh, kaum Nabatean mengembangkan kawasan Al-Mabiyat menjadi pusat perdagangan. Kawasan ini terus berkembang sehingga 650.




Namun begitu, dalam sebuah sejarah diceritakan bahawa semasa hayatnya, Nabi Muhammad sentiasa mempercepatkan langkahnya ketika melalui Kota Al Ula. Manakala dalam satu kisah, Nabi Muhammad difahamkan tidak akan menoleh ke kanan atau kiri semasa melalui kawasan tersebut.

Selain itu, Ibn Battuta yang telah melalui kota ini dan mencatatkan bahawa kafilah yang bersama dengannya turut keberatan untuk singgah di Al Ula. Keengganan untuk berhenti ini dikatakan dikaitkan dengan Al Ula digelar sebagai kota hantu atau kota terkutuk.

Kononnya, masyarakat Arab menggelar Al Ula sebagai markas jin yang mesti dielakkan kerana Nabatean enggan meninggalkan kepercayaan mereka. Mereka dilaknat kerana tidak menyembah Tuhan, tetapi menyembah para dewa-dewi.

Selain itu, gempa bumi besar yang berlaku ribuan tahun dahulu juga telah menipiskan lapisan ozon bumi. Difahamkan bahawa para saintis telah menemui lubang besar di lapisan ozon atmosfera tepat di atas kawasan ini.

Ini menjadikan kawasan ini berisiko untuk didiami setelah terjadinya gempa bumi besar. Ia boleh merosakkan UV, mendatangkan pelbagai penyakit kulit, kanser, dan kejadian ribut semula jadi. Penyelidik juga turut bersetuju bahawa tidak selamat bagi manusia untuk tinggal di kawasan ini dalam tempoh masa yang lama.

Ini sesuai dengan larangan yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW tentang tempat ini. Tempat yang menjadi tanda simbol ini, tidak boleh digunakan sebagai tempat keseronokan dan hiburan. Tetapi hari ini kerajaan Saudi membukanya sebagai kawasan pelancongan sehingga ia mendatangkan tanda tanya buat umat Islam di seluruh dunia.


Sumber:https://www.thevocket.com/arab-s ... ung-ke-kawasan-ini/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 10:49 AM | Show all posts
dahtu kenapa buka ek?? seram pula rasa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:17 PM | Show all posts
jalan2 kt al ula ni kt maps nmpk pekan yg sdg membangun
mcm2 ada
rumah, kedai
ada area pokok2 hijau sikit
ada historical sites jgk

x asing la tmpt ni
igtkn remote area yg xde org tgl
tp pelik la bila nabi mcm nk elak tmpt ni
tp dorg duk nk bangunkan tmpt tu



Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 04:49 PM | Show all posts
biasa la pak arab ni, degil kepala batu.yg dilarang tu la dia suka. nak kembali ke zaman jahiliah kot puak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 05:30 PM | Show all posts
so tulah kne sial itu rupanya benar
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_PariS replied at 23-3-2023 10:49 AM
dahtu kenapa buka ek?? seram pula rasa

Ada tiktoker dok kata alula ni besaq mcm selangor.. dan perkampungan yg kena avoid tu umpama mcm kat sepang.. so, tmpt yg dibangunkan ni kawasan selangor yg lain, bkn sepang.. giteww..

And deme habaq bila interviu org2 sana, org kg sana pun tatau tmpt mana yg dimaksudkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2023 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 23-3-2023 03:17 PM
jalan2 kt al ula ni kt maps nmpk pekan yg sdg membangun
mcm2 ada
rumah, kedai

Iols rasa bangunan baru salman nak bina yg berupa mcm kaabah, lagi kontroversial..

Iols tak heran la kalau deme nak bangunkan tmpt ni.. deme habaq, yg tmpt dikutuk tu tmpt laenn.. laenn.. kata mereka la..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 26-3-2023 05:44 AM
Iols rasa bangunan baru salman nak bina yg berupa mcm kaabah, lagi kontroversial..

Iols tak heran ...

Yg tu kt mn plk sis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 26-3-2023 03:52 PM
Yg tu kt mn plk sis

Riyadh

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2023 09:37 AM | Show all posts
Gila, ini.
Bitlife
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 01:43 PM | Show all posts

ish, menakutkan tindakan2 dia nih. naper dia mcm tu eh? nk erase anything relating the kingdom dgn Islamic tu dah kira dahsyat. now makes me wonder apa vision 2030 dia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yoonggi replied at 29-1-2024 01:43 PM
ish, menakutkan tindakan2 dia nih. naper dia mcm tu eh? nk erase anything relating the kingdom dgn ...

Ntah la. Dah kluaq kat medsos pasai plan dia utk ramadhan utk kawasan2 selain mekah dan madinah.. a quiet ramadhan kekdahnya.. konsert pun dah ada kat sana.. iols tak pernah jejak kaki ke sana, so takleh komen
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols masih lg confuse psl Al Ula ni
Tgk pic those yg dah pergi tmpt tourism tu mmg cantik sgt
Mmg rs nak pergi gak
Tapiii kalau tmpt ni actually termasuk kwsn yg Nabi larang, x sanggup i nak ignore.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya tengok mekah dan madinah buat macam-mcm kat suci umat islam. Al ula guwe tengok video orang share.. Tak kenapa menarik sangat.. Menakutkan ada lah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:23 AM | Show all posts
tgk kat tiktok ada pompuan tu kata tempat yg dikituk dengan tempat yang dibangunkan di kawan yang berbeza di bawah nama yang sama..ntah la kita ikut je apa nabi buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 01:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.552186 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list