CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2180|Reply: 1

[Johor] 4,580 tan sampah pasca banjir dikutip dari 4 daerah Johor

[Copy link]
Post time 21-3-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode

SAMPAH yang dibuang di hadapan Kampung Seri Gading hasil pembersihan kawasan yang terjejas banjir. FOTO Omar Ahmad

Johor Bahru: Sebanyak 4,580 tan sampah hasil pembersihan pasca banjir dikutip Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor sepanjang tempoh dua minggu sejak 3 Mac lalu.

Pengarah SWCorp Negeri Johor Cairul Hisham Jalaluddin berkata, kutipan sampah itu dibuat di Segamat, Muar, Kluang dan Kota Tinggi.

Katanya kesemua sampah itu dikutip mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan dan dilupuskan di tiga tapak pelupusan sampah di Segamat serta Kota Tinggi.

"Majlis Perbandaran Segamat (MPS) mengutip 1,876 tan sampah, diikuti Majlis Daerah Tangkak (MDT) dengan 58.39 tan dan Majlis Perbandaran Muar (MPM) membabitkan 35.07 tan," katanya dihubungi hari ini.

Menurut beliau, sampah itu dilupuskan antaranya di tapak pelupusan Buloh Kasap, Segamat.

Beliau berkata, tapak pelupusan Moakil di Labis melupuskan 2,311 tan sampah.

"Pecahannya membabitkan 2,251 tan yang dikutip Majlis Daerah Labis (MDL), 4.5 tan daripada Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) dan 55.67 tan daripada Majlis Perbandaran Muar (MPM)," katanya.

Bagi tapak pelupusan Batu Empat, Kota Tinggi, ia melupuskan 3,93.37 tan sampah.

"Pecahannya membabitkan 304.91 tan dikutip Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan 88.46 tan daripada Majlis Daerah Kluang (MDK)," katanya.

Menurut Cairul Hisham, untuk sampah pukal di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), pihaknya membuka tiga tempat transit kutipan bagi memudahkan kerja pengumpulan sampah.

Katanya, ia antaranya membabitkan lokasi di belakang Taman Peri, sebelah stesen minyak berhampiran Taman Universiti selain kawasan lapang sekitar kawasan Perindustrian Taman Kapal Layar.

"Dianggarkan, setiap isi rumah yang terjejas akan membuang kira-kira 500 kilogram hingga satu tan sampah.

"Sampah pukal pasca banjir kebanyakannya membabitkan perabot, tilam, sofa, peti ais, mesin basuh, pakaian, buku dan perkakasan rumah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dari-4-daerah-johor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 05:26 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044032 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list