View: 2284|Reply: 0
|
[Johor]
4 beradik mangsa pengabaian ibu kandung ditempatkan di pusat jagaan
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Empat beradik yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas menjadi mangsa pengabaian ibu kandung di Taman Air Biru, Pasir Gudang dekat sini, akan ditempatkan di sebuah pusat jagaan.
Pegawai JKM Daerah Johor Bahru Adnan Md Yassin berkata, adik-beradik berusia lima hingga 13 tahun itu sudah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Beliau berkata, pelindung kanak-kanak akan mengambil mereka di HSI untuk ditempatkan secara sementara di sebuah pusat jagaan di bandar raya ini.
Katanya, ia bagi tempoh sementara menerusi kuasa pelindung kanak-kanak malah permohonan perintah jagaan sementara akan dilakukan di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Johor Bahru.
"Setakat ini, mereka tidak diserahkan kepada ibu walaupun wanita berkenaan tampil membuat tuntutan di JKM dan menyatakan mahu menjaga mereka semula.
"Pelindung kanak-kanak masih menjalankan perbincangan dengan ahli keluarga kanak-kanak yang lain bagi mendapatkan calon yang layak dan sesuai untuk dicadangkan ke mahkamah.
"Ia demi masa depan mereka," katanya dihubungi hari ini.
Pada 3 Mac lalu, Harian Metro melaporkan kisah empat beradik yang kebuluran empat hari selepas ibu mereka berusia 31 tahun gagal pulang ke rumah.
Wanita berkenaan juga hanya meninggalkan RM2 bagi kegunaan anak-anaknya.
Empat beradik itu bukan saja terputus bekalan makanan malah bekalan elektrik di kediaman mereka juga dipotong akibat tunggakan bil.
Mereka kemudiannya diselamatkan JKM dan tindakan diambil hasil aduan diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-di-pusat-jagaan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|