View: 1620|Reply: 0
|
[Johor]
Dadah RM3.22 juta dirampas di tiga kediaman berpengawal
[Copy link]
|
|
KETUA Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menunjukkan hasil rampasan dadah di tiga kediaman di sekitar bandar raya ini. FOTO Mary Victoria Dass.
Johor Bahru: Polis Johor merampas dadah bernilai RM3.22 juta hasil serbuan dijalankan di tiga kediaman di kawasan perumahan berpagar dan berpengawal di sekitar bandar raya ini di sini 21 Mac lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan berkenaan dijalankan antara jam 3.15 petang hingga 5 petang.
Beliau berkata, dalam serbuan berkenaan dua lelaki tempatan berusia 34 dan 38 tahun ditahan bersama sejumlah rampasan dadah.
Menurutnya, hasil saringan mendapati seorang suspek positif dadah selain seorang lagi memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Katanya, modus operandi kegiatan sindiket dadah ini adalah menyewa rumah jenis berpagar dan berpengawal dan menjadikan kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah sebagai tempat menyimpan dadah.
"Kegiatan pengedaran dadah aktif beroperasi sejak Januari lalu dan dadah yang dirampas dipercayai bagi bekalan kira-kira 150,000 penagih.
"Dalam operasi ini polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah termasuk 119,750 biji (36.90kg) pil eramin 5 bernilai RM2.7 juta, 5,360 gram serbuk ekstasi bernilai RM268,200, 903gram ketamin (RM135,450), 2,883 biji pil ekstasi (RM43,250) dan 270 gram magic mushroom bernilai RM13,500.
"Jumlah rampasan adalah RM3.22 juta dan polis juga menyita empat kenderaan dengan nilai sitaan RM183,000, pelbagai barang kemas bernilai RM24,510 dan wang tunai RM2,940.
"Nilai sitaan dan rampasan keseluruhan adalah RM3.4 juta," katanya.
Kamarul Zaman berkata, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 22 Mac hingga 28 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Jika disabit kesalahan boleh dihukum mari atau penjara seumur hidup serta boleh dikenakan sebatan," katanya.
Beliau berkata demikian di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ediaman-berpengawal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|