|
Bella Hadid mengambil mengucapkan salam Ramadan kepada pengikutnya yang menyambut kehadiran bulan mulia itu.
Model antarabangsa itu menerusi perkongsian di Instagram juga mendoakan diberikan kesejahteraan sepanjang menjalani ibadah puasa.
IG
"Selamat menyambut Ramadan kepada semua. Saya doakan agar kita dapat lalui Ramadan ini dengan tenang," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, bapa Bella iaitu Mohamed Hadid turut mendoakan agar mereka sekeluarga dapat menyambut kehadiran Ramadan dengan penuh keberkatan.
"Saya sayang awak Bella. Semoga Ramadan ini menjadi bulan yang paling indah dan tenang untuk awak dan keluarga kita insyaAllah," katanya.
Hantaran yang dimuat naik oleh supermodel itu menerima lebih 700,000 tanda suka dan 7,000 komen yang rata-ratanya turut mengucapkan selamat menyambut Ramadan.
Untuk info, Bella berketurunan Palestin-Amerika, dimana ibunya, Yolanda Hadid merupakan seorang bekas peragawati dan bapanya, pula seorang yang berketurunan Palestin.
Sumber: mStar |
|