CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6306|Reply: 1

[Johor] Anak buat transfusi darah bantu bapa menderita leukemia

[Copy link]
Post time 26-3-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode

ZAINAL (kanan) dan Muhammad Syamil (tengah) menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dari Kolej Kemahiran Johor yang diwakili Zaid di kediaman keluarganya di Taman Daya, Johor Bahru baru-baru ini.


JOHOR BAHRU – Tiada apa yang mampu dilakukan seorang penuntut kolej selain daripada berkorban melakukan transfusi darah demi memastikan bapa­nya yang kini menghidap leukemia dapat kembali sihat seperti biasa.

Muhammad Syamil Zainal, 20, yang merupakan penuntut jurusan Sijil Penyelenggaraan Elektrik di Kolej Kemahiran Johor berkata, prosedur melakukan transfusi itu akan dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, keputusan itu diambil untuk memastikan bapanya yang sudah berusia 60 tahun itu dapat menjalani kehidupan sihat seperti orang lain.

“Ayah disahkan menghidap leukemia sejak Oktober tahun lalu. Pihak hospital mahu ambil sampel daripada adik-beradik ayah, namun tidak boleh kerana mereka juga tidak berapa sihat.

“Jadi mereka perlu ambil sampel anak lelaki, dan ketika ini saya seorang yang berada di sisi ayah. Seorang abang berkhidmat sebagai askar dan sukar untuk dia balik, jadi mereka ambil sampel darah saya.

“Lagipun, pihak hospital maklumkan bahawa saya sesuai untuk buat transfusi darah dan saya setuju. Proses ini akan dibuat selepas hari raya di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Flat Sagu 34, Taman Daya di sini baru-baru ini.

Menurut Muhammad Syamil, dia sanggup melakukan apa sahaja dan berharap bapanya dapat kembali sihat dengan segera.

Sementara itu, Zainal Kamardin memberitahu, keadaan kesihatannya merosot sejak beberapa tahun lalu sebelum dia disahkan menghidap leukemia selepas pemeriksaan kesihatan menyeluruh oleh pihak hospital.

“Saya sendiri sudah tidak boleh bekerja dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang diberi pihak hospital,” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu bas kilang dengan pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.

Tambah Zainal, dia kini terpaksa bergantung kepada duit simpanan keluarga, manakala isterinya, Khamsah Yusof, 56, berniaga kuih secara kecil-kecilan.

Dalam pada itu, nasib yang menimpa keluarga itu mendapat perhatian Kolej Kemahiran Johor yang hadir ke rumah pelajar berkenaan bagi menghulurkan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai.

Pengurus Korporat dan Tugas-Tugas Khas Kolej Kemahiran, Zaid Zain berkata, pihak kolej amat prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga penuntutnya.

“Sehubungan itu, kita telah menyantuni keluarga ini dengan menyampaikan barangan ke­perluan asas sempena Ramadan, Kita juga menyampaikan sumbangan wang tunai daripada kaki­tangan kolej dan pihak swasta untuk membantu keluarga ini.

“Selain itu, Kolej Kemahiran Johor turut menyampaikan sumbangan serupa kepada dua lagi penuntut yang kematian ibu mereka baru-baru ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... menderita-leukemia/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 12:25 PM | Show all posts
Apakah itu transfusi darah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.090476 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list