CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3589|Reply: 0

[Johor] Botok-botok premium udang juadah popular Johor

[Copy link]
Post time 29-3-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode

AZWAR menunjukkan menu botok-botok udang galah yang disajikan di restorannya di Taman Orkid, Tampoi, Johor Bahru.


JOHOR BAHRU – Kedatangan Ramadan kali ini memberikan idea buat dua beradik untuk menyajikan juadah yang ter­kenal di Johor iaitu botok-botok menggunakan udang galah dan sesu­ngut sotong gergasi.

Azwar Azmi, 28, berkata, dia dan abangnya, Amirul, 30, mahukan kelai­nan bagi hidangan berbuka puasa di Restoran Botok-Botok Ibunda di sini yang diusahakan sejak tiga tahun lalu.

Menurut Azwar, botok-botok yang merupakan makanan orang Jawa menggunakan rempah ratus, daun herba serta ulam itu menggunakan resipi turun-temurun daripada nenek moyangnya.

“Untuk membuat pes, kami menggunakan rempah kari yang dikisar halus bersama daun selasih, kesum, kunyit, limau dan turi. Bagi perapan bungkusan pula, kami guna daun pisang yang dibalut bersama daun mengkudu, semang­kuk, betik, kaduk, pucuk ubi serta pucuk daun teh,” katanya ketika ditemui di Taman Orkid, Tampoi di sini semalam.

Azwar membe­ritahu, selepas dibungkus, botok-botok udang galah itu akan dikukus selama 40 minit hingga satu jam bagi memastikan ia masak sekata. Botok-botok boleh dimakan bersama nasi dan lauk-pauk lain.

Pelanggan boleh memilih botok-botok ikan merah, tenggiri, pari, kembung, telur ikan, ayam dan sotong, namun Ramadan tahun ini, premis itu menyajikan menu premium, botok-botok udang galah dan sesungut sotong gergasi.

Harganya botok-botok itu ialah RM15 sehingga RM48 untuk satu set.

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... adah-popular-johor/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.554080 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list