View: 3649|Reply: 0
|
[Johor]
Roti john dijual RM8, RM10 sejak 24 tahun
[Copy link]
|
|
ARSHATA menunjukkan roti john yang dijual di bazar Ramadan Pekan Nanas, Pontian semalam.
PONTIAN – Biarpun berlaku kenaikan harga bahan mentah terutama telur ayam, namun seorang peniaga Roti John Thorbaik Harimau Selatan masih mengekalkan harga jualan sejak 24 tahun lalu.
‘Papa John’ dijualnya dengan harga RM10 sebungkus dan ‘Mama John’ pula berharga RM8.
Arshata Ali, 53, berkata, dia mempertaruhkan dua nama iaitu ‘Papa John’ dan ‘Mama John’ bagi memudahkan pelanggan membelinya berdasarkan kepada saiz serta harganya.
“Di luar bulan Ramadan, saya bersama isteri, Amnah Shaari, 50, berniaga di Pasar Malam di Bandar Pontian pada hari Jumaat dan Isnin serta pasar-pasar malam yang lain.
“Sejak lima hari puasa ini, sambutan daripada pelanggan sungguh menggalakan dengan orang ramai ada yang membelinya sehingga 10 bungkus roti john seorang,” katanya di tapak bazar Ramadan Pekan Nanas di sini semalam.
Selain di bazar Ramadan Pekan Nanas berhampiran Masjid Jamek Pekan Nanas, satu lagi gerai yang sama diuruskan oleh anaknya di tapak bazar Ramadan di Stadium Mini, Pontian.
Menurutnya, setiap hari dia menggunakan 15 papan telur ayam serta 10 beg roti untuk menyediakan juadah berbuka puasa itu dan kos bahan mentah adalah tinggi.
“Namun saya masih kekalkan harga jualan kerana tidak mahu pembeli terbeban, lagipun saya masih ada sedikit untung dengan jual harga seperti ini,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... m10-sejak-24-tahun/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|