View: 4207|Reply: 33
|
Pak Guard Hairan Blok Sekolah Dan Asrama Meriah Tengah Malam! Dapat Call Rupa-Rupanya Mana Ada Pelajar, Dah Balik Cuti Seminggu
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki berdepan satu insiden di sebuah sekolah berasrama yang akan merindingkan bulu roma setiap kali diimbas kembali.
Tanpa menyatakan nama sekolah tersebut, Zack (bukan nama sebenar) berkata segalanya bermula apabila ditugaskan sebagai pengganti pengawal keselamatan.
"Sebenarnya aku bukanlah seorang yang berani sangat, ada juga perasaan takut tu.
"Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah pengalaman first time aku pernah menjadi pengganti atau buffer sekuriti di salah sebuah sekolah asrama.
"Dipendekkan cerita, lewat petang aku dapat call dari seorang kawan yang dia minta tolong gantikan dia sekuriti shift malam, emergency ada hal penting katanya. Aku pun tanpa berfikir panjang setuju saja.
"Malam tu aku terus ke tempat sekolah tu, besar juga kawasan sekolah tu. Nampak biasa je dan tak ada fikir apa-apa pun," kata Zack membuka cerita.
Zack seterusnya memulakan tugasannya iaitu meronda kawasan sekolah yang pada waktu itu di bawah pemantauannya.
Gambar Hiasan
"Tiba jam 2 pagi menandakan waktu rondaan di blok bangunan sekolah dan blok asrama. Aku dengan berbekalkan lampu suluh kecil terus berjalan menuju ke bangunan pentadbiran dan pejabat.
"Memang agak gelap dan suram sunyi sepi. Sekali-sekala macam-macam bunyi juga la kedengaran tapi untuk sedapkan hati yang kadangkala seram sejuk, aku anggap itu mungkin bunyi binatang yang melompat dan berjalan.
"Aku tengok ke dalam pejabat yang berkunci melalui pintu kaca, kelihatan ada satu komputer yang masih hidup, seolah-olah ada orang menaip sesuatu ke dalam paparannya.
"Tapi tempat duduk dan keyboard tu aku tak nampak, agak terlindung," kata Zack penuh misteri.
Ruang minda Zack mula diisi rasa takut kerana terdetik dalam fikirannya, pintu pejabat tersebut berkunci, bagaimana boleh ada orang di dalamnya?
"Terdetik di hati pintu pejabat kunci tak kan masih ada staff yang buat kerja lewat malam macam ni. Aku abaikan saja dan terus ke blok lain. Makin jauh aku meronda makin sunyi. Kini aku tiba aku di jalan koridor bangunan banyak kelas pelajar.
"Tiba-tiba aku terdengar bunyi macam budak-budak main kejar-kejar koridor tingkat atas. Aku pun terus suluh torch light dari bawah tapi tak ada apa pun. Mulalah aku fikir yang mengarut-ngarut ni.
"Aku pun cepat-cepat jalan laju sikit sambil dari jauh aku suluh bangunan atas tadi, aku nampak ada pelajar perempuan masih pakaian uniform sekolah berdiri memandang aku.
"Aku tak nampak wajahnya sebab dalam gelap lampu samar-samar saja. Dalam hati aku boleh tahan jugak budak-budak sini buasnya masih aktif tak tidur lagi," kata Zack.
Zack dirundung kejanggalan yang tidak terkata apabila menyedari masih ramai pelajar di sekolah asrama tersebut yang belum tidur.
"Tiba di lokasi asrama pelajar. Aku ronda di kawasan luar pagar sahaja. Keadaan asrama gelap, aku menyuluh di setiap tingkap-tingkap blok asrama.
"Aku berasa hairan dan pelik kenapa pelajar-pelajar kat sini masih belum tidur lagi sebab aku tengok diaorang berdiri kaku dekat setiap tingkap melihat tajam ke arah aku. Aku rasa macam nak cepat habis saja waktu tu.
"Makin tak tentu arah fikiran aku. Dan last rondaan aku menuju ke dewan besar pelajar. Aku ternampak ada satu pintu dewan tu terbuka, aku pergi nak tutup pintu tu.
"Dalam cahaya lampu samar aku ternampak dalam dewan atas pentas tu sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan duduk bertimpuh tapi diam senyap kaku," ujar Zack sungguh pelik.
Dunia Zack kemudiannya seakan-akan mahu punah apabila mendapat satu maklumat daripada rakan yang sepatutnya bertugas pada malam itu.
"Telefon pintar aku tiba-tiba berbunyi. Kawan aku tu yang call, dia maklumkan aku yang dia simpan kunci asrama dalam kotak simpanan sebab semua pelajar tak ada, diaorang dah balik rumah cuti seminggu.
"Ya Allah! Jantung aku macam nak gugur. Siapa 'mereka' yang aku tengok sepanjang rondaan ni!?
"Dari jauh aku melihat 'budak-budak' yang di atas pentas tu dengan perlahan-lahan mereka menoleh ke arah aku dan tangan mereka melambai-lambai ke arah aku.
"Aku jadi kaku dan tanpa sedar melepaskan telefon pintar kepunyaan aku sehingga terhempas jatuh ke lantai, langkah seribu dibuka. Aku memecut tanpa menoleh ke belakang lagi," kata Zack menoktahkan perkongsian. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah citer gini x seram pun |
|
|
|
|
|
|
|
ada perisa Mastika di sini, secukup rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Macam baca karangan budak darjah 4 |
|
|
|
|
|
|
|
lebih 360 patah perkataan ni.. mmg dpt A++ la
kejadian semasa bln ramadan kah? kanke kena ikat semua tuuuu
ke jiran kg sebelah? (bunian @jin islam) |
|
|
|
|
|
|
|
Bolehlah buat hilang boring |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ler,sambil2 layan kertum. |
|
|
|
|
|
|
|
kazen aku pernah kerja guard dulu
mmg real la dia nampak |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mcm aku penah kene dulu. Awal2 masuk ofis baru ni aku rajin stayback,aku ada bilik sendiri pastu bilik aku ni kt hallway la. Ptg tu aku dengar kt ruang kubikel tu macam ada org lagi tgh gelak sembang-sembang. Aku pun kuar bilik nk join la. Skali tu nah amekaw ofis gelap tinggal bilik aku je ada org.
Esok baru staf aku citer diorg kata mmg setiap org kt department aku tu ada kisah tersendiri kt ofis tu |
|
|
|
|
|
|
|
sekali ada kem motivasi pelajar spm ke ape. |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 1-4-2023 06:55 PM
Ni mcm aku penah kene dulu. Awal2 masuk ofis baru ni aku rajin stayback,aku ada bilik sendiri pastu ...
Heeyyy.. awat seram sgt nihh??? |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 1-4-2023 05:50 PM
kazen aku pernah kerja guard dulu
mmg real la dia nampak
Org kata hat keje guard ni mmg berpeluang tgk mcm2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita dengan info yang padat dan mudah difahami serta seram, tahniah diucapkan |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 1-4-2023 09:48 PM
Heeyyy.. awat seram sgt nihh???
Hahaha tapi yg positifnye department iols antara dept paling tak banyak buat ot sebab takdak sapa berani stayback kt opis. Menjimatkan duit syarikat gitu lol |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mcm kat sekolah iols dolu la..
Masa TU senior iols buat pantomin pasal ke destinasi akhir ke apa tah..pasal kematian lah..
Habis benda ni pkl 11 lebih n semua student dah balik asrama.masing2...
Pastu pakcik guard Masih dengar ada org buat persembahan.masa pkl 3 pagi TU..dia nak marah la sebab tak habis2 nak dok dalam dewan.tu..
Rupanya dalam TU mmg nampak ada.persembahan.tu..sebijik2 ikut mcm malam sebelum TU..bila pakcik ni tegur ..semua jadi gelap balik..serupa takde orang
Terus pakcik TU tutup dewan slow2 n pergi ke pondok guard..
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 1-4-2023 06:55 PM
Ni mcm aku penah kene dulu. Awal2 masuk ofis baru ni aku rajin stayback,aku ada bilik sendiri pastu ...
Sambung cerita lagi di mps mod. Best cerita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 2-4-2023 03:54 AM
Ni mcm kat sekolah iols dolu la..
Masa TU senior iols buat pantomin pasal ke destinasi akhir ke apa ...
Kalau guard keje berdua, at least ada teman.. kalau keje sorang2... lengkali jgn mayah2 la.. hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 2-4-2023 12:20 AM
Hahaha tapi yg positifnye department iols antara dept paling tak banyak buat ot sebab takdak sapa ...
Takde sapa nak OT.. sumer dah tau..
Tapi tmpt iols ni, walopon keras, pihak management yg tak wat keje mlm pulak ubah jadi shif 24 jam.. so mmg hat keje mlm2 tu, iols tatau la jumpa ke dakk.. alangkan cleaner yg keje pun habaq jgn pakai toilet lepaih pukui 7mlm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 2-4-2023 04:38 AM
Kalau guard keje berdua, at least ada teman.. kalau keje sorang2... lengkali jgn mayah2 la.. hehe. ...
Haah ada 2.orang keje satu shift...
Yang cite ni mmg selalu dapat tengok mistik2 ni...
Ada je benda.lain dia alami tapi iols paling ingat yang kat dewan TU lah.
Sebab dewan sekolah TU sendiri kalau sesorang dalam TU mmg menyeramkan...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|