CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2461|Reply: 0

[Pahang] Buah kabung laris di bulan Ramadan

[Copy link]
Post time 30-3-2023 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 30-3-2023 11:04 AM

Pekan: Buah kabung sira berwarna merah dan hijau biasanya hanya muncul setiap kali Ramadan apabila dijadikan sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa.

Di sebalik tekstur isi dan rasanya seakan-akan 'nata de coco', usaha memproses buah berkenaan bukan kerja mudah kerana memerlukan kesabaran dan kepakaran bermula dengan kerja memanjat pokok tinggi untuk mengambil buahnya.

Bagi Rahim Usani Husin, 57, setiap kali Ramadan dia dan isterinya, Norhayati Mohd Shukur, 47, akan menghasilkan buah kabung sira bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Menurutnya, beberapa peringkat proses perlu dilakukan sebelum buah kabung boleh dimakan, antaranya memisah buah daripada tandan, merebus buah, mengeluarkan isi dan memasak.

"Buah kabung sira dan tidak di sira boleh menyebabkan gatal tekak selepas dimakan sekiranya proses membuatnya tidak dilakukan dengan betul kerana selaput nipis berwarna kekuningan pada buah kabung terlebih dahulu perlu dibuang.

"Tanpa pengalaman dan kemahiran, buah kabung yang dihasilkan akan memudaratkan mereka yang memakannya," katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Rumput, dekat sini, hari ini.



Rahim Usani Husin bersama buah kabung yang belum diproses. FOTO MOHD RAFI MAMAT

Menurutnya, setiap hari dia mampu menghasilkan antara 10 hingga 15 kilogram buah kabung sedia dijual pada harga RM5 hingga RM10 sebungkus mengikut berat.

Tambahnya lagi, permintaan terhadap buah kabung setiap hari bertambah, namun buah pokok yang tumbuh di sepanjang Sungai Pahang itu berkurangan kali ini berbanding Ramadan lalu.

"Saya akan terus berusaha menghasilkan buah kabung setiap kali Ramadan selagi permintaan terhadap produk berkenaan diterima dan buah kabung memang terkenal di daerah ini.

"Pokok kabung yang semakin berkurangan selain musim berbuah yang tidak menentu menjadi faktor utama aktiviti menghasilkan buah kabung setiap kali Ramadan terjejas.

"Buah kabung antara produk utama di daerah ini selain pisang, ubi kayu dan buah-buahan," katanya yang turut bekerja sebagai nelayan sungai.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lan-ramadan-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 1.041281 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list