View: 3140|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Kedai kasut 'kepanasan' angkara kasut dibeli Exco Pengguna reput
[Copy link]
|
|
Kasut berjenama dibeli Exco Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada Februari lalu pada harga kira-kira RM600 sepasang.
SEREMBAN: Sebuah kedai kasut di ibu kota 'kepanasan' selepas seorang pekerja didakwa bersikap kurang mesra kepada Exco Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, apabila enggan menggantikan kasut baharu yang dibelinya selepas dikesan mengalami kerosakan.
S Veerapan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah itu bertekad memfailkan tuntutan ganti rugi menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana tidak berpuas hati terhadap kualiti kasut sukan berjenama yang dibelinya dari kedai berkenaan.
Katanya, beliau membeli kasut berkenaan di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada Februari lalu pada harga kira-kira RM600.
Exco Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan. - Foto NSTP
Beliau bagaimanapun meluahkan rasa kecewa apabila jahitan benang pada sebelah kasut itu sudah terkeluar sebelum meminta kakitangan kedai itu menggantikannya dengan yang baharu.
"Ketika ke kedai berkenaan untuk menggantikan kasut lain, saya dimaklumkan kakitangan premis terbabit bahawa kasut itu tiada jaminan (warranty) dan kakitangan enggan melakukannya.
"Apa yang lebih dikesalkan mereka mendakwa saya memakainya dengan kasar, saya syak kasut itu mungkin stok lama," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Veerapan berkata, beliau sempat memakai kasut berkenaan sebanyak dua kali sahaja sebelum mendapati ia rosak.
"Layanan pekerja kedai itu juga tidak mesra pelanggan. Justeru, saya akan memfailkan kes menerusi TTPM dalam masa terdekat untuk menuntut ganti rugi ke atas pembelian kasut berkenaan," katanya.
Selain kepenggunaan, Veerapan turut memegang portfolio Kesihatan, Alam Sekitar dan Koperasi.
https://www.bharian.com.my/berit ... exco-pengguna-reput |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|