CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1858|Reply: 0

[Johor] Lampu merah terlalu lama

[Copy link]
Post time 3-4-2023 09:27 AM | Show all posts |Read mode

Johor Bahru: Pengguna jalan di sekitar bandar raya ini menyuarakan rasa tertekan apabila sering berdepan masalah kesesakan di beberapa kawasan sehingga mengganggu tugasan harian mereka.

Lebih pelik, kebanyakan pengguna tak mengetahui punca kesesakan.

Pekerja swasta, Muhammad Ariff Mohamad Nizam, 30, berkata, dia pernah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas namun bingung apabila melihat tidak ada sebarang halangan seperti kemalangan yang menyebabkan kesesakan berlaku.

Namun, dia berpendapat, kemungkinan lampu isyarat berwarna merah dalam tempoh yang lama boleh menjadi punca kepada kesesakan berkenaan.

"Saya pernah berdepan dengan kesesakan lalu lintas, tetapi bila sampai di hadapan, tidak ada apa pun yang berlaku.

"Jadi, saya pelik dan terfikir juga adakah kerana lampu isyarat yang lama menyebabkan kesesakan berlaku.

"Ditambah sekarang jumlah kenderaan di jalan raya juga meningkat, menyebabkan kenderaan perlu beratur panjang dan menunggu lama di persimpangan laluan yang mempunyai lampu isyarat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Muhammad Ariff berkata, pekerjaannya memerlukan dia kerap pergi dari satu tempat ke tempat lain, namun masanya banyak dihabiskan di atas jalan raya akibat kesesakan lalu lintas.

Katanya, dia lebih suka jika lampu isyarat beroperasi menggunakan sensor.

"Ada sesetengah tempat lampu isyaratnya ada sensor, ini sedikit menjimatkan masa namun kadang-kala jadi lambat juga apabila kenderaan di hadapan yang berhenti tidak kena pada sensor terbabit," katanya.

Tinjauan dibuat di beberapa lokasi, benar menunjukkan terdapat lampu isyarat yang mengambil tempoh lama bagi isyarat merah atau berhenti sehingga menyebabkan kesesakan.

Antara lokasi dikesan adalah di Persimpangan Jalan Abad-Jalan Kebun Teh-Jalan Dato Jaafar; Persimpangan Lebuhraya Tebrau-Jalan Lingkaran Dalam dan Lebuhraya Skudai berhadapan Danga Bay di sini.

Selain lampu isyarat, Muhammad Ariff juga berharap kerajaan atau pihak berkuasa membaiki lampu jalan yang rosak atau menambah lampu di jalan yang menjadi tumpuan.

Bagi Maila Mahbud, 34, pula, dia juga terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk hanya disebabkan lampu isyarat merah terlalu lama.

"Saya pernah terkandas di persimpangan jalan. Ini bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga merugikan masa saya," katanya.

Suri rumah itu berharap, pihak berkuasa atau kerajaan boleh memikirkan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah itu.

Sependapat dengan Muhammad Ariff, Maila berkata, lampu jalan di bandar raya ini perlu ditambah baik kerana banyak kawasan yang menjadi laluan utama kenderaan gelap pada waktu malam.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -merah-terlalu-lama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.050328 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list