CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3815|Reply: 0

Jangan tidur semasa bekerja

[Copy link]
Post time 3-4-2023 08:48 PM | Show all posts |Read mode


Ada ketikanya selepas penat dengan beban kerja, kita boleh tertidur secara tidak sengaja di tempat kerja.

Jika kita mempunyai rakan sekerja yang tidak kisah dan membiarkan sahaja kita berehat sekejap, sememangnya kita amat beruntung.

Seorang pekerja di sebuah syarikat baru-baru ini mendapati dirinya menjadi mangsa gurauan gara-gara tertidur di tempat kerja.

Sebaik sahaja melihat mangsa nyenyak tidur salah seorang pekerja di pejabat itu, mengangkat tangan dan menunjuk ke arahnya, dia memberi isyarat tangan dan berbisik sesuatu kepada 20 pekerja lain.

Mereka bangun berramai-ramai secara perlahan dan senyap menuju hujung stesen kerja dan bersembunyi di situ.

“Mangsa” terbangun, melihat sekeliling dan terkejut sebaik sahaja mendapati dirinya bersendirian di pejabat.

Dia melihat sekeliling tempat itu dan turut menelefon salah seorang rakan sekerjanya yang memberitahu dia sedang menonton wayang kononnya  Ahad.

Mendengarkan ini dia menjawab, “Apa? Saya telah tidur sejak Jumaat”!  

Lelaki tersebut kemudian masuk tandas dan apabila kembali semula ke bilik tersebut, sekali lagi terkejut sebaik sahaja melihat semua rakan sekerjanya masih berada di situ.

Kesemuanya berlagak seperti tiada apa-apa yang pelik berlaku, manakala mangsa terpinga-pinga.

Video yang dikongsi oleh FunnymanPage membuat netizen terhibur menontonnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.724536 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list