View: 6328|Reply: 10
|
Ahmad Dhani Larang Once Nyanyi Lagu-Lagu Dewa 19
[Copy link]
|
|
Once, bekas vokalis kumpulan Dewa 19 diberi amaran keras oleh Ahmad Dhani daripada menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu.
Ia berikutan kumpulan itu sedang mengadakan konsert jelajah dan akan diteruskan selepas Hari Raya Aidilfitri.
IG
"Saya mengumumkan bahawa saya secara khusus melarang Once untuk menyanyikan lagu Dewa 19 dan tidak sepatutnya ada konsert lain yang mengganggu konsert jelajah Dewa 19 ini," katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Dhani berkata, larangan itu hanya terpakai kepada lagu ciptaannya untuk Dewa 19 sahaja.
"Lagu-lagu yang saya ciptakan untuk T.R.I.A.D, Ahmad Band dan Reza Artamevia boleh dinyanyikan oleh Once. Larangan saya hanya khusus untuk lagu Dewa 19 sahaja," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Dhani juga menegaskan tentang isu royalti dengan berkata bahawa kewajipan membayar royalti bukanlah tanggungjawab penyanyi solo, tetapi ia adalah tanggungjawab penganjur.
Terdahulu, Once menerusi sebuah temu bual menjawab tuduhan bahawa pihaknya didakwa tidak membayar wang royalti kepada Ahmad Dhani semasa membawakan lagu-lagu kumpulan tersebut.
Penyanyi itu menjelaskan bahawa isu berkenaan masih lagi dalam perbincangan.
Sumber: OHBulan |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia kalau takde once bakalan tak laku la dewa. awas lohh daniii |
|
|
|
|
|
|
|
aku prefer suara once dari ari,mad dhani |
|
|
|
|
|
|
|
Shanadra replied at 1-4-2023 12:40 PM
kat malaysia kalau takde once bakalan tak laku la dewa. awas lohh daniii
Haruslah. Masa once keluar time concert haritu havoc gila semua jerit. Plg wow.
Mmg suara once the best utk lagu2 dewa |
|
|
|
|
|
|
|
khenzz? memang ditunggu2 kemunculan Once.
Dani pun, berkira sangat. padahal untung besarr utk tiap konsert. hulur la lebih sikit royalti
|
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 5-4-2023 08:29 AM
khenzz? memang ditunggu2 kemunculan Once.
Dani pun, berkira sangat. padahal untung besarr utk tia ...
Haha. Tapi kira oklah once pun mintak nyanyi lagu yg dia buat sama2 .. hope resolve laa isu.
Dani berang kot sbb fans masih nak once haha |
|
|
|
|
|
|
|
Dilarang nyanyi lagu Dewa, Once terkilan
DHANI sebelum ini melarang Once menyanyikan lagu-lagu Dewa kerana enggan menjejaskan kelancaran konsert jelajah Dewa.
Dilarang nyanyi lagu Dewa, Once terkilan
GARA-GARA dilarang menyanyikan lagu-lagu kumpulan Dewa-19, bekas vokalisnya, Once mengakui terguris hati dengan tindakan pengasas band berkenaan, Ahmad Dhani.
Menurut Once, anaknya yang masih dibangku sekolah turut terkena tempias apabila ditanya rakan-rakannya mengenai isu berkenaan.
“Iya, terasa hati sudah pasti. Anak saya sampai tanya dan minta penjelasan. Katanya satu sekolah bertanyakan hal itu.
“Ayah yang buat masalah, anak yang kena jawab di sekolah,” ujar Once.
Once kecewa apabila dituduh Ahmad Dhani sebagai melanggar undang-undang.
Sebagai penghibur atau pelaku pertunjukan, Once bertegas tidak menyalahi Undang-Undang Nomor 28/2004 tentang Hak Cipta.
Tambah Once, seorang penghibur tidak perlu meminta izin kepada pencipta jika sudah membayar dua peratus daripada tiket jualan konsert kepada Lembaga Pengurusan Kolektif.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... dewa-once-terkilan/
|
|
|
|
|
|
|
|
kamexkame replied at 5-4-2023 08:36 AM
Haha. Tapi kira oklah once pun mintak nyanyi lagu yg dia buat sama2 .. hope resolve laa isu.
Dani ...
tapi dari ape yg i baca macam root of the problem sebab politik je?? dorg berdua mmg sokong parti berlawanan gitu. ape pon once the best. |
|
|
|
|
|
|
|
Shanadra replied at 10-4-2023 12:37 AM
tapi dari ape yg i baca macam root of the problem sebab politik je?? dorg berdua mmg sokong parti ...
Ooo yeke. Punca dari politik plk… x berbaloi lah nak gado2 sbb politik kan..yesza once the bestt haha |
|
|
|
|
|
|
|
Shanadra replied at 10-4-2023 12:37 AM
tapi dari ape yg i baca macam root of the problem sebab politik je?? dorg berdua mmg sokong parti ...
Ehh baru thu, sejak bila once ni kena sangkut politik? Klu dia jdi guest star kt event politik maybe la tapi yg melekat sgt tu mcm tk caye once buat tu.
Klu dani tu mmg tkle jauh dari politik, pelagi mulut dia kan jenis tk boleh diam. Apa pun dia komen. Lepas tu dani ni jenis yg klu dh sokong satu individu dia akan bawa fans2 dia sokong individu tu ga
Mcm bodoh pulak gaduh sbb politik je |
|
|
|
|
|
|
|
Whatsofunnyth replied at 10-4-2023 03:20 PM
Ehh baru thu, sejak bila once ni kena sangkut politik? Klu dia jdi guest star kt event politik may ...
once tak la sangkut sgt mcm dani yg kata nk masuk bertanding nanti tu. dia just jadi guest artis gitu la. tapi once mmg pro jokowi dan dani sebaliknye
sebab kes royalti ni dah lama kan. dan aritu dorg sempat berbaik tour kt few tempat tapi last jadi kes besar lepas konsert kat jakarta international stadium. which oonce buat agreement yg dani xboleh tegur pemimpin politik yg datang.
panjang juga kisah dorang ni tp yes pasal royalti ni mmg one of it
sekian laporan iolss hihihi |
|
|
|
|
|
|
| |
|