CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 549|Reply: 0

[Kelantan] Buruh ditahan bawa 769 pil kuda, 12 biji epam

[Copy link]
Post time 5-4-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode

Pil kuda, pil epam dan barangan peribadi suspek yang dirampas semasa ditangkap di tepi jalan di Kampung Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan semalam. - IHSAN POLIS



KUALA KRAI – Seorang buruh yang dipercayai pengedar dadah dicekup semasa membawa 781 biji pil kuda termasuk 12 biji pil epam dianggarkan bernilai RM7,810 di tepi jalan di Kampung Batu Jong di sini semalam.

Suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.15 pagi semasa berada seorang diri di tepi jalan dan cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran kereta peronda polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, anggota polis kemudiannya mengejar suspek sehingga berlaku pergelutan sebelum lelaki itu akhirnya berjaya ditangkap.

Menurutnya, pemeriksaan pada tubuh badan suspek kemudiannya menjumpai satu beg kecil di dalam salah satu poket seluar pendek dipakainya.

“Hasil pemeriksaan di dalam beg kecil itu menemui sebanyak 169 biji pil kuda dan 12 biji pil epam. Selain itu, sebanyak 600 biji pil kuda dijumpai di dalam sebuah beg sandang yang dipakai suspek.

“Rampasan keseluruhan dadah itu dianggarkan bernilai RM7,810. Suspek juga mempunyai lima rekod jenayah lampau berkait kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis amphetamine.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) akta sama. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... -kuda-12-biji-epam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.883634 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list