CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1180|Reply: 13

[Dunia] Jepun membuang air radioaktif Fukushima ke dalam laut

[Copy link]
Post time 7-4-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR - Mikroplastik dan pembuangan sisa air terawat loji nuklear ke dalam laut dilihat bakal menjadi ancaman utama terhadap kesihatan manusia.

Profesor dari Jabatan Fizik dan Kimia, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dr Zaidi Embong berkata, Malaysia juga tidak terlepas daripada risiko ini jika tiada kesedaran dan tindakan proaktif dilaksanakan segera.

Zaidi berkata, kedua-dua pencemaran ini mampu memusnahkan ekosistem hidupan laut sekali gus menjejaskan keterjaminan makanan dunia.

"Sifat plastik yang tidak mudah mengurai meskipun selepas berbelas tahun menjadikannya mudah ditelan dan terkumpul dalam badan dan tisu kebanyakan organisma.

"Kesan lebih memudaratkan apabila partikel mikroplastik ini terperangkap dalam insang sekali gus plastik bersaiz mikro ini akan menyerap ke dalam tisu haiwan di laut, seterusnya sumber perikanan tercemar ini menjadi santapan masyarakat,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Berdasarkan statistik Our World in Data (OWD) merekodkan 8.0 juta tan (bersamaan tiga peratus bahan buangan plastik global) akan mengalir ke laut menerusi pelbagai sumber pelepasan.

Di Malaysia, dianggarkan secara purata sebanyak sembilan bilion bahan plastik digunakan oleh rakyat setiap tahun dan sebahagian besarnya juga berakhir di lautan.

Beliau menambah, mikroplastik yang berukuran kurang dari 20 mikron mampu memasuki organ manusia seperti otot dan juga tisu badan serta berpotensi memberikan risiko terhadap sistem pernafasan, salur darah, buah pinggang dan sistem penghadaman manusia.

Menurut Zaidi, selain mikroplastik, turut perlu diberikan perhatian ialah isu berkaitan pembuangan air terawat loji nuklear ke dalam laut.

Beliau berkata, biarpun ia telah melalui proses penapisan untuk menyingkirkan kebanyakan radioisotop, namun ia masih memiliki sejumlah besar radioisotop tritium yang sukar diasingkan daripada air.

"Pencemaran radioisotop seperti tritium ini terhadap hidupan laut boleh mengganggu ekosistem dan rantaian pemakanan hingga mampu memberi kesan karsinogenesis yang boleh mengakibatkan kanser kepada manusia,” katanya.

Baru-baru ini Jepun terus menyatakan hasratnya ingin melepaskan air dari loji nuklear Fukushima yang musnah ke laut sekitar musim bunga atau musim panas tahun ini.
Pada April 2021, Jepun telah meluluskan pelepasan lebih satu juta tan air dari loji itu ke laut selepas rawatan.

Zaidi berkata, kesan pergerakan arus laut berkemungkinan besar menyebabkan masyarakat yang tinggal di sekitar Laut China Selatan akan menerima tempias daripada aktiviti menyingkirkan sisa air dari loji nuklear itu.

Beliau berharap satu kempen kesedaran akan risiko kesihatan yang bakal dihadapi masyarakat jika terdedah dengan pencemaran mikroplastik dan sisa nuklear ini dapat dilaksanakan sebagai langkah perlindungan.

Pemonitoran kualiti air laut juga perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa agar dapat melindungi kepentingan masyarakat di masa akan datang, katanya. - SinarHarian

https://www.sinarharian.com.my/a ... man-barah-dari-laut


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2023 11:54 AM | Show all posts
bahaya ni... boleh jadi ikan2 yg ditangkap dn dimakan d laut tu beracun radioactive dn mendatangkan kesan buruk kpd manusia yg makan ikan tu...serammm
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 03:58 PM | Show all posts
nak tahu air terawat radioaktif tu selamat ke idak... inform dekat mereka suruh pakai utk ke gunaan harian warga jopun tu dulu...suruh mereka pakai utk harian seperti minum, masak nasi, basuh makanan, dan mandi... nak tengok ada kesan apa utk 50 ke 100 tahun akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
U all check minamata disease yang disebabkan oleh mercury poisoning. Ini kali Jepun nak share nuklear punya sisa terawat??? Bagi rakyat korang rasa dulu ikan sisa nuklear and sushi sisa nuklear. Tunggu 10 tahun kita tengok jadi apa. Kita dah kena start makan ikan darat berbela ke hapa?z
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhh, mana mungkin ummah Jepang kebanggaan ummah ibu pertiwi dasar pandang ke Timur oleh Atokkk berperangai hudoh tak bertamadun begini? Musti satu pitenah ha gaytohhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 09:14 AM | Show all posts
kalau makanan laut kita tercemar disebabkan pelepasan air radioaktif Fukushima...jepun bertanggungjawab memberikan pampasan kpd nelayan kita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2023 11:33 AM | Show all posts
PMX..kerajaan perlu membantu nelayan menuntut pampasan drpd jepun
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Adalah nanti kat situ akan muncul raksasa?? Maybe nanti ada ultraman lawan dgn raksasa tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Daniel1000 replied at 17-4-2023 11:33 AM
PMX..kerajaan perlu membantu nelayan menuntut pampasan drpd jepun

PMX bacul boleh diharap ke? Kes pencerobohan China kat perairan Malaysia pun dia takut nak sound China
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 12:17 PM | Show all posts
dialu-alukan.... longkang2 kat jepun semua air jernih, ikan boleh hidup membiak
moga lepas ni laut akan jadi lebih bersih dgn pelepasan air sisa loji jepun ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 05:32 PM | Show all posts
Jepun ni jauh lebih integriti, jauh lagi bertanggungjawab menjaga alam sekitar... Air terawat dari loji nuklear x semestinya ada radioaktif... Dah nama pun terawat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Gojira tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aronax replied at 5-5-2023 05:32 PM
Jepun ni jauh lebih integriti, jauh lagi bertanggungjawab menjaga alam sekitar... Air terawat dari l ...

Intergriti tu ya akak akui sis. Bertanggungjawab tu kau jangan sis. Apa kau tak tahu jepang babi tu pernah hantar sampah ke malaysia ni pastu buat derrrkkkk jah tak tau dia biar je malaysia ni jadi tempat simpan sampah dia dekkk….
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2023 08:47 PM | Show all posts
cuba ganti nama Jepun tu kepada China atau Russia atau NorthKorea. macam nak kiamat dorang punya gelabah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 1.124037 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list