CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 0

[Terengganu] Bekalan telur ayam di Terengganu semakin pulih

[Copy link]
Post time 9-4-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode

Pekerja syarikat pemborong telur ayam sibuk melayani permintaan pengguna, hari ini. - Foto NSTP/Baharom Bakar

KUALA TERENGGANU: Bekalan telur ayam di negeri ini semakin pulih apabila beberapa syarikat pemborong mula menerima bekalan hari ini.

Beberapa syarikat pemborong memberi jaminan bekalan telur ayam mencukupi dan akan pulih sepenuhnya bagi menghadapi sambutan Aidilfitri.

Syarikat pemborong telur ayam di Cabang Tiga, di sini, menerima bekalan sumber protein sebanyak 9,000 papan

mengandungi 90,000 biji hari ini.

Penyelia syarikat pemborong telur ayam, Nursyzanil Adha Ramli, berkata bekalan sumber protein itu semakin pulih dan dijangka tidak berlaku kekurangan menjelang Aidilfitri.

Katanya, pembekal turut memberi jaminan membuat penghantaran sebanyak empat atau lima kali sebelum sambutan Aidilfitri.

"Kita jangka bekalan telur ayam pelbagai gred mencukupi untuk menampung permintaan masyarakat," katanya ketika ditemui hari ini.

Nursyzanil menambah, syarikatnya menerima sebanyak 3,000 papan mengandungi sebanyak 90,000 biji, termasuk gred AA berjumlah 200 papan mengandungi 6,000 biji.

Katanya, pihaknya juga menerima bekalan telur ayam gred A sebanyak 200 papan (6,000 biji), sebanyak 300 papan gred B (9,000 biji) dan lain-lain gred termasuk gred C, D dan E selain telur putih.

"Pengguna diminta tidak membuat pembelian secara panik kerana bekalan sumber protein itu mencukupi untuk menampung keperluan sehingga Aidilfitri," katanya.

Sementara itu, pengurus syarikat pemborong telur, Jason Tan memberi jaminan bekalan sumber protein mencukupi sehingga sambutan Aidilfitri.

Katanya, pihaknya sudah membuat persediaan awal, terutama dalam meningkatkan tempahan telur ayam bagi memastikan bekalan mencukupi.

"Kita sudah membuat pesanan sebanyak 150,000 papan mengandungi 450,000 biji bagi memenuhi permintaan pelanggan terutama pemilik pasaraya.

"Penghantaran bekalan sumber protein akan dilakukan secara berperingkat mulai esok," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... gganu-semakin-pulih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053799 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list