Bintang Bollywood terkenal, Salman Khan membeli sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu kalis peluru berikutan menerima ugutan bunuh.
Salman dikatakan mengimport kenderaan berwarna putih itu secara peribadi di luar negara berikutan syarikat pengeluar kereta berkenaan tidak mengeluarkan model dikehendakinya di India.
IG
Media tempatan melaporkan, SUV berkenaan yang mendapat permintaan tinggi di negara Asia Selatan itu juga sangat popular di negara-negara Teluk.
Salman, sebelum ini menerima ancaman daripada kumpulan gengster Lawrence Bishnoi dan Goldy Brar.
Pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan laporan polis maklumat pertama (FIR) terhadap suspek.