CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

[Johor] Bayi benjol di dahi bukan mangsa dera pengasuh

[Copy link]
Post time 11-4-2023 03:19 PM | Show all posts |Read mode

Gambar tular yang mendakwa seorang bayi lelaki berusia 10 bulan menjadi mangsa penderaan di rumah pengasuh.

Pasir Gudang: Polis mengesahkan tiada sebarang unsur penderaan membabitkan bayi lelaki 10 bulan di kediaman pengasuhnya di Taman Kota Masai di sini seperti yang tular di laman sosial pada Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan mendapati kesan benjol di dahi dan kemerahan pada kedua pipi bayi berkenaan adalah kesan terjatuh di lantai.

Beliau berkata, terdahulu polis mengesan maklumat yang tular di laman sosial Twitter akaun Malaysia Most Viral yang memuat naik tiga imej bayi dengan dakwaan berlaku kes penderaan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

Menurutnya, bapa bayi berkenaan yang juga warga tempatan berusia 27 tahun turut membuat laporan polis.

Katanya, lelaki itu mendakwa menghantar anaknya ke rumah pengasuh, iaitu seorang wanita tempatan berusia 41 tahun pada jam 9 pagi pada 23 Februari lalu di Taman Kota Masai di sini.

"Pada 5 petang hari yang sama, isteri lelaki berkenaan menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan anak mereka jatuh tersembam di atas lantai.

"Apabila isteri pengadu mengambil anaknya dari rumah pengasuh dia kesan kecederaan benjol pada bahagian dahi dan kemerahan pada kedua belah pipi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sohaimi berkata, bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan pemeriksaan mendapati kesan kemerahan di kiri dan atas kepala secara relevan akibat terjatuh atas lantai.

Menurutnya, tiada kesan dipukul di anggota badan bayi berkenaan serta emosinya juga didapati interaktif, ceria dan stabil.

"Siasatan mendapati bayi berkenaan juga dihantar ke rumah pengasuh sebaliknya bukan pusat jagaan seperti dalam maklumat yang tular.

"Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor dan keputusan kes tiada tindakan selanjutnya kerana tidak wujud elemen kesalahan pengabaian, penganiayaan, pembuangan atau pendedahan terhadap mangsa yang jatuh tersembam," katanya.

Pada 23 Februari lalu, seorang wanita memuat naik imej bayi lelakinya yang serta khuatir cahaya matanya itu menjadi mangsa penderaan. Perkongsian itu menerima reaksi pelbagai pihak.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angsa-dera-pengasuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.210742 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list