CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bayar hingga RM3,000 guna nama, lesen warga tempatan

[Copy link]
Post time 11-4-2023 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Ariffin (dua dari kiri) menunjukkan antara barangan tiruan yang dirampas.

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menggempur empat premis dan merampas pakaian tiruan bernilai RM250,000 dalam operasi di Jalan Kenanga, di sini, 5 April lalu.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, premis itu dikendalikan warga Bangladesh sejak dua tahun lalu menggunakan lesen atas nama warga tempatan yang dibayar upah bulanan.

Menurutnya, dianggarkan setiap bulan penama lesen terbabit dibayar sekitar RM2,000 ke RM3,000 sebagai imbuhan menggunakan nama mereka untuk premis terbabit beroperasi.

"Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan menyita 8,511 unit barang-barang disyaki tiruan terdiri daripada baju dan seluar berjenama.

"Kesemua premis pemborong ini juga didapati menjual pakaian tiruan berjenama secara dalam talian kepada pelanggan di seluruh Malaysia," katanya pada sidang media di Stor Eksibit KPDN Kuala Lumpur, Segambut, di sini, hari ini.

Ariffin berkata, pihaknya menahan tiga suspek warga asing bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil soal siasat mendapati pakaian berkenaan dibawa masuk melalui jalan laut dari luar negara untuk dijual sempena Aidilfitri.

"Seluar dan baju berjenama ini diperoleh pada harga kos RM10 hingga RM50 seunit serta akan dijual pada harga borong iaitu RM20 hingga RM80 seunit.

"Manakala peniaga runcit akan menjual pada harga RM40 sehingga RM150 seunit bergantung kepada kualiti barangan," katanya.

Beliau berkata, bagi mengelak di kesan pihak berkuasa, sindiket terbabit membawa masuk pakaian kosong tidak berlogo cap dagang dan akan dijahit atau ditampal ahli sindiket di Malaysia sebelum dijual semula ke pasaran tempatan.

"Kami akan turut menyiasat kesemua pihak yang terbabit di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

"KPDN menyeru orang ramai supaya tidak terbabit dalam urus niaga barang tiruan serta tidak bersubahat dengan membeli barangan tiruan berjenama daripada peniaga yang tidak bertanggungjawab," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esen-warga-tempatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.039545 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list