CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

[Johor] Harga dedak naik lagi, penternak makin pening kepala

[Copy link]
Post time 13-4-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode

ABD. SAMAD bersama ternakan lembunya di Kampung Parit Pak Khalib, Pekan Nanas di Pontian semalam.


PONTIAN – Persatuan Penternak Lembu dan Kambing Negeri Johor (PPLKNJ) mendakwa kenaikan harga makanan yang berlaku sehingga tujuh kali ganda menjadi punca berlakunya kenaikan harga daging lembu segar.

Presidenya, Abd. Samad Samiran berkata, kenaikan harga makanan lembu masih gagal diatasi oleh kerajaan walaupun beberapa syor dan cadangan telah dibuat bagi menyelesaikan isu tersebut.

Katanya, harga dedak yang meningkat naik beberapa kali sejak tahun lalu memberikan tekanan kepada penternak yang terpaksa mengeluarkan per­belanjaan yang tinggi bagi seekor lembu.

Menurut beliau, selain dedak, penternak juga mengambil makanan tambahan bagi ternakan mereka seperti tahi minyak kelapa sawit, jerami dan kacang soya yang turut meningkat pada ketika ini.

“Kami diibaratkan seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak, kerana isu makanan ternakan lembu dan juga kambing tidak menampakan penurunan sebaliknya naik pada setiap tahun.

“Penternak perlu terus memberikan ternakan mereka makanan tetapi harga makanan ternakan pula tinggi, kesannya nanti tentu harga produk akhir kepada pengguna iaitu daging juga tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai harga daging lembu segar bagi musim perayaan ini yang tersebar di media sosial yang bermula dengan RM38 sekilogram sehingga RM46 sekilogram bagi daging batang pinang.

Bagaimanapun, jelasnya, penternak kecil tidak akan menjual daging segar di musim perayaan ini sebaliknya menumpukan kepada program ibadah korban yang lebih memberikan keuntungan kepada mereka.

“Manakala penternak besar perlu menjualnya pada musim perayaan ini bagi mendapatkan pusingan modal untuk menampung kos makan ternakan mereka,” ujar Abd Samad.

Ditanya pihak persatuan mempunyai cadangan bagi mengeluarkan satu harga siling daging segar kepada ahli-ahli­nya, dia berkata, ia belum dapat dilaksanakan ketika ini.

https://www.kosmo.com.my/2023/04 ... akin-pening-kepala/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.057663 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list