View: 304|Reply: 0
|
[Johor]
Rangka mayat wanita dalam bagasi tiada kesan suntikan BCG
[Copy link]
|
|
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Johor Bahru: Rangka mayat seorang wanita yang ditemukan dalam beg bagasi dan ditinggalkan dekat kiosk sebuah perhentian bas terbiar di Kulai, kelmarin dipercayai bukan warga tempatan.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ia berikutan hasil bedah siasat awal yang dibuat ke atas rangka mayat itu tidak menemui sebarang bekas suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG).
Bagaimanapun katanya, polis akan meneruskan siasatan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang boleh membangkitkan siasatan dalam kes berkenaan.
"Bedah siasat dibuat dan mendapati tiada kesan suntikan BCG di tubuh badan mayat, jadi kemungkinan besar mangsa bukan seorang warga tempatan.
"Mayat itu juga sudah dipotong kepada beberapa bahagian untuk dimuatkan ke dalam beg berkenaan.
"Maklumat lanjut kita masih siasat, namun kebiasaannya dalam kes seperti ini, motif kejadian biasanya akibat dendam," katanya ketika ditemui selepas melawat program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di laluan motosikal Plaza Tol Perling di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Perkeso Negeri Johor, Tong Sing Chuang.
KAMARUL Zaman ketika program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Perkeso. FOTO Izz Laily Hussein
Menurut Kamarul Zaman, hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala wanita berkenaan dipercayai akibat dipukul objek tumpul.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan penemuan rangka mayat seorang wanita berusia 25 tahun itu dipercayai dibunuh sebelum ditinggalkan dalam beg bagasi di kiosk perhentian bas terbiar berhadapan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kulai.
Beliau dilaporkan berkata, rangka mayat berkenaan sudah mereput sehingga 50 peratus berdasarkan pandangan mata kasar dengan ada ulat maggot, dipercayai sudah meninggal dunia lebih dua minggu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kesan-suntikan-bcg |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|