CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Johor] Lelaki cabul bekas jiran dijel lima hari, denda RM2,000

[Copy link]
Post time 18-4-2023 08:21 AM | Show all posts |Read mode

NIK Kharoul (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Kulai di sini hari ini atas dakwaan mencabul bekas jiran. FOTO Mary Victoria Dass

Kulai: Lelaki dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Kulai di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencabul bekas jirannya pada 13 April lalu.

Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi menjatuhkan hukuman itu apabila tertuduh Nik Kharoul Kasim, 38, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Hukuman berjalan dari tarikh tangkapan, dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara dua bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 1.45 petang di sebuah rumah tumpangan di Jalan Belimbing, Senai di sini.

Dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 23 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya, Edelynn Wong manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

.

Mengikut fakta kes, lelaki berkenaan mengambil mangsa yang warga Indonesia dan anak lelaki mangsa berusia setahun tujuh bulan ke rumah tumpangan untuk berbincang berkaitan urusan mencari rumah sewa.

Ketika dalam bilik berkenaan, tertuduh menolak mangsa ke katil, memeluk dan menutup mulut mangsa.

Ketika kejadian mangsa sempat berkongsi lokasi kepada teman lelakinya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-hari-denda-rm2000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047693 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list