View: 256|Reply: 0
|
[Terengganu]
Lambakan songket India tak jejas permintaan songket Terengganu buatan Penjara Marang
[Copy link]
|
|
Pengarah Penjara Marang, Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha (kiri) menunjukkan songket Dua Wajah iaitu hasil inovasi Penjara Marang yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa pada 2021-2022. - Foto NSTP/Ahmad Rabiul Zulkifli
MARANG: Biarpun berlaku lambakan songket India di pasaran, permintaan terhadap songket tenun Terengganu buatan penghuni Penjara Marang tetap menjadi pilihan orang ramai untuk digayakan pada Aidilfitri.
Permintaan dan tempahan songket tenun Terengganu yang dihasilkan penghuni Penjara Marang meningkat dua kali ganda berbanding kebiasaan.
Pengarah Penjara Marang Penolong Kanan Komisioner Hamid Taha, berkata dia tidak menafikan lambakan songket India yang lebih murah berlaku di negeri ini sehingga menjejaskan sambutan songket Terengganu.
"Songket India yang dibuat menggunakan mesin semestinya tidak boleh menandingi kualiti dan kekemasan pembuatan songket Terengganu," katanya ditemui di Bengkel Pembuatan Songket di Penjara Marang.
Hamid berkata, pembuatan songket Terengganu membabitkan penghuni penjara itu dijalankan sejak 2004 dan seramai 135 penghuni pelbagai kesalahan terbabit pada satu-satu masa.
Pelbagai jenis dan corak batik dihasilkan di Penjara Marang dan sebahagiannya memang tiada di pasaran luar.
Hasil inovasi kami iaitu songket Dua Wajah yang dihasilkan pada 2020 antara yang paling terbaik dan bernilai tinggi serta mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa pada 2021 & 2022.
Tambahnya, keunikan songket Dua Wajah pertama di dunia itu menyebabkan ia terjual dengan harga RM30,000 sehelai dan pernah menerima tawaran harga sehingga RM70,000 sehelai.
Selain songket dua wajah, songket selayang Marang, Empat Karat, Lapan Karat, Persisir, Arabis dan Kristal Selancar juga tidak kurang hebatnya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -songket-terengganu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|