CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Inter berdepan Milan di separuh akhir

[Copy link]
Post time 20-4-2023 08:49 AM | Show all posts |Read mode

Inter kecewakan Benfica untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara. FOTO AFP

Milan: Inter Milan menempah tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas seri 3-3 dengan Benfica yang menyaksikan gergasi Itali itu menang dengan agregat 5-3.

Skuad Simone Inzaghi akan berdepan lawan tempatan AC Milan di separuh akhir selepas jaringan Nicolo Barella, Lautaro Martinez dan Joaquin Correa memastikan mereka meneruskan kemaraan.

Kedua-dua kelab gergasi Milan itu cuba menjadi pasukan Serie A pertama yang memenangi saingan kelab terbaik Eropah sejak kali terakhir Inter menjulang trofi itu pada 2010.

"Ia adalah malam paling bermakna untuk semua orang di kelab dan kami berhak untuk memenanginya selepas dua perlawanan," kata Inzaghi.

"Pemain luar biasa sepanjang dua perlawanan. Melangkah ke separuh akhir adalah satu impian dan kini kami berada di sini dan mahu mencuba untuk terus menang semua perlawanan."

Inter mengharungi perlawanan itu dengan rekod yang menyedihkan di mana satu-satunya kemenangan mereka dalam lapan perlawanan terakhir adalah pada perlawanan pertama minggu lalu di Portugal.

Kemenangan itu akan menyaksikan dua pertembungan menarik dengan Milan bulan depan selepas juara Itali itu menewaskan Napoli kelmarin.

Martinez dan Correa menamatkan kemarau gol mereka untuk memastikan gol Fredrik Aursnes, Antonio Silva dan Petar Musa buat pasukan lawan tidak memberi sebarang perbezaan kepada keputusan perlawanan itu.

"Kami sangat gembira, kami sangat berbangga untuk mewakili kelab hebat ini," kata Martinez.

"Kami tahu bahawa kemenangan ini bermakna kami akan bermain perlawanan derby pada separuh akhir Liga Juara-Juara.

"Saya bermain bola sepak untuk memenangi segala yang mungkin, saya sangat gembira berada di separuh akhir, kelab ini layak berada di sana," kata Martinez.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-di-separuh-akhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.036978 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list