CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1382|Reply: 40

[Tempatan] Ibu bapa jangan didik anak minta duit raya

  [Copy link]
Post time 20-4-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
APABILA menjelang raya, pas­tinya kanak-kanak sangat menantikan momen untuk menerima dan mengutip duit raya.

Malah ada juga antara kanak-kanak menjadikan tradisi mengumpul duit raya sebagai perlumbaan siapa yang berjaya mengutip jumlah paling banyak.


Malah, ada pula yang menjadikan pemberian duit raya sebagai trend dan bukannya diberi ikut kemampuan.

Lebih memburukkan keadaan apabila kanak-kanak memandang rendah kepada pemberi sekiranya sampul yang dibuka hanya mempunyai nilai sedikit sete­rusnya dicop sebagai kedekut.

Jika dipandang dari sudut pemberi, amalan tersebut boleh menjadi bebanan memandangkan sekarang ekonomi kian goyah lebih-lebih buat individu bujang yang baru menapak dalam bidang pekerjaan.

Menurut perunding kewa­ngan, Afyan Mat Rawi, pemberian duit raya dilihat mempunyai aspek pro dan kontranya tersendiri.

“Memang bersedekah adalah amalan mulia dan amat digalakkan tetapi jangan jadikan sikap memberi duit raya sebagai kewajipan sehingga menyebabkan orang tidak mampu rasa ­bersalah.

“Kepada ibu bapa juga ­jangan didik anak untuk minta duit raya kerana boleh menimbulkan tangkapan negatif oleh anak terhadap orang yang tidak memberi duit raya.

“Jadi, tiada isu jika orang bujang bekerja tidak memberikan duit raya memandangkan amalan tersebut bukan ajaran Islam dan budaya Melayu,” katanya ­ketika dihubungi.

Tambahnya, tiada apa yang mampu dilakukan untuk menepis pandangan negatif mengenai isu pemberian duit raya selain hanya tidak mengendahkan perbuatan tersebut.

“Kalau saya akan buat tidak tahu sahaja mengenai perkara tersebut.

“Bukannya mereka yang tentukan kehidupan saya. Wang adalah tanggungjawab masing-masing.

“Jika kita kesuntukan wang, orang yang memandang negatif terhadap kita tidak akan membantu kita pun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Afyan kesal dengan sikap orang Melayu yang mempunyai pandangan negatif terhadap amalan pemberian duit raya dan menyarankan untuk mengikuti cara nabi kita.

“Inilah masalah orang kita. Suka sangat menghakimi orang lain. Sepatutnya perkara sebegini tidak perlu dijadikan polemik dalam masyarakat.

“Turuti sahaja cara dan sunnah Rasulullah SAW dalam menyambut Syawal,” ujarnya.

Sebelum menggulung ­bicara, Afyan juga menasihati agar sentiasa bersederhana dalam melakukan apa jua tanpa mempamerkan sikap menunjuk-­nunjuk.

“Sama juga dengan amalan lain seperti beli baju baharu, buat rumah terbuka dan sebagainya. Lakukan ikut kemampuan dan bersederhana dengan niat ibadah yang bukan untuk menunjuk semata-mata.

“Apa yang menjadi masalah adalah apabila ada unsur ­menunjuk-nunjuk siapa lebih cantik dan siapa yang lebih banyak memberi.

“Amalan tersebut menyebabkan orang tidak berkemampuan rasa rendah diri walhal perasaan tersebut bukan semangat Syawal yang sepatutnya timbul sebagai umat Islam,” tutupnya.

KOSMO

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Finally ada juga yg highlight isu ni.

Latih anak2 bersedeqah sepanjang ramadhan dan syawal. Beri mereka wang kecil utk sedeqah pd ahli keluarga yg kurang berkemampuan, bukannya beri atau kutip duit raya.

Begitu juga budaya raya sebulan, dah lari sangat dari konsep asal bulan beribadah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis anak berceretek je suka suruh anak g Salam cepat ngan tuan rumah nak collect duit raya
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa suh 'mulakan'...kan bebudak dh 'ketagih'.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
I pun serba salah tahun ni xcukup wit nk bg duit raya kat ank2 menakan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2023 04:27 PM | Show all posts
budaya melayu. jumpa orang lain mintak duit

kalau budaya ereb, raya sehari jer,
dan takde pun hangkut satu family pegi raya rumah orang.

dan yg penting, takde budaya balik kampung
takde dengar citer trefik jem berbelas jam di negara ereb
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap tunjuk.. Tuuu.. Pakcik tu orang kaya.. Pegi minta dia duit raya... Siap tanya anak2 aku dpt brapa. Lps tu bangga cerita anak2 dia dapat duit raya lg banyak drpd anak2 aku.

Tak tau dah rupa pengemis dah aku tgok.. Bodoh punya bapak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ibu bapa digesa jgn ambik komisyen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols suka jer sedekah duit raya kat bdk2...ala sekali skala kasi diorg happy...duit tu bole diorg guna beli apa2 mainan yg diorg suka....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 09:02 AM | Show all posts

Tak silap aii ada pandoman bab bagi duit raya ni. Aii tgk dlm insta or FB lupa pulak. tak silap dia mcm ini

Utk anak sendiri RM$50 (kalau puasa penuh)
Utk adik beradik RM (tak ingat)
Utk bebudak dtg raya RM$2

Utk wife RM (pun tak ingat)
Utk parents RM (pun tak ingat)

Aii tgk sambil lalu jer sebab mmg tak bagi pun duit raya. Dia orang (anaks) dpt duit "raya" 3 x setahun sahaja. Chinese New Year, Birthday & Xmas.

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pilih2 bulu je nk kasi duit raya ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by midori888 at 21-4-2023 09:10 AM
nurshima replied at 20-4-2023 12:55 PM
Finally ada juga yg highlight isu ni.

Latih anak2 bersedeqah sepanjang ramadhan dan syawal. Beri me ...


Yes latih anak2 dari kecik bersedekah ..bukan dlm bln Ramadhan & Syawal jer, tapi anytime...contoh sedekah masa solat jumaat...Elok biasakan anak2 utk ringankan tangan bersedekah ...nanti dah besar, takde lah dia kekok utk sedekah ...




Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 09:08 AM | Show all posts
nurshima replied at 19-4-2023 08:55 PM
Finally ada juga yg highlight isu ni.

Latih anak2 bersedeqah sepanjang ramadhan dan syawal. Beri me ...



Raya sebulan tu lebih kpd yang berkerja dan duduk jauh. So weekend bolehlah menziarahi kawan kawan dan sanak sedara. Minggu ni you dtg rumah aii next week or the other week aii dtg rumah you pulak. cari ni bolehlah anak anak dpt kawan baru dan kenal kawan bapak kawan mak.


Kot raya sehari dua jer mana sempat nak ziarah menziarahi?


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 09:45 AM | Show all posts
This post talks about some interesting moments in time, but I'm not sure if I care about these people. There is some truth to it, but I won't say anything until I think about gta 5 cheat codes and gta 5 cheat codes ps3 more.

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 21-4-2023 10:06 AM

Aku dah tak kasik duit raya kat bebudak.... sbb bila jumpa je mmg aku selalu belanja anak2 sedara aku makan sedap2, pakai baju elok2.. yes, aku cuma keluarkan duit utk anak aku & 4 nephews.

Budak2 lain biasa aku pass je kat adik aku utk kasik duit raya...

Sbb orang2 selalu expect aku kasi duit raya banyak2 and semua mak pak duk gesa anak2 depa suruh salam beraya dgn aku selama ni, sbb nak duit besar....

so aku tukar modus operandi.. aku tempah catering makan sedap2 utk semua tetamu setiap hari sampai raya ke 5.. tp NO duit raya from me, pi amek ngn adik aku.. is none of my business utk kasi duit raya budak2, bukan tanggungjawab aku kasi nafkah kat korang....

aku dah banyak bayar zakat setiap bulan, ini lebih UTAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 10:04 AM | Show all posts
Kat sekolah, aku bagi semua kelas yang aku ajar singgit sorang.
Bayangkan berapa ramai yang cakap "singgit je?"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 21-4-2023 10:04 AM
Kat sekolah, aku bagi semua kelas yang aku ajar singgit sorang.
Bayangkan berapa ramai yang cakap "s ...

Baik nya hang duk kasi duit raya kat semua.. even nak tukar duit singgit2 pun dah dikira effort...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak da deal ngn adik badik ak.. Jgn bg lebih 10... Belah laki ak
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada rezeki lebih x salah bersedekah walaupun cuma seringgit.. buat budak2 happy pun dah dapat pahala.. yang penting cara mak bapak didik anak.. kena pesan, jangan berharap dapat duit raya kalau beraya rumah orang.. kalau dpt ucap terima kasih dan terus simpan atau kasi mak ayah pegang.. sampai rumah baru buka & kira.. jangan sesekali buka depan tuan rumah sebab nk jaga air muka tuan rumah kalau2 dia cuma mampu kasi seringgit je..

Arwah nenek orang susah tapi gigih kumpul syiling untuk kasi budak2 yg dtg beraya..niatnya cuma nk sedekah dan buat budak2 happy..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 21-4-2023 10:04 AM
Kat sekolah, aku bagi semua kelas yang aku ajar singgit sorang.
Bayangkan berapa ramai yang cakap "s ...

Awat hang bg duit raya? Tak payah bg.. giteww iols menghasut..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.176387 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list