CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Johor] Serbu pasar raya, bimbang raya terkejut sekali lagi

[Copy link]
Post time 20-4-2023 02:46 PM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai membeli barangan keperluan sempena Aidilfitri. FOTO Nur Aisyah Mazalan.

Pontian: Bimbang situasi raya terkejut berulang tahun ini menyebabkan orang ramai serta pengguna di sini, menyerbu dan memenuhi pasar raya besar dan pasar basah, sebagai persiapan Aidilfitri.

Tinjauan di lokasi perniagaan di sini mendapati lokasi berkenaan sesak dengan orang ramai sejak awal pagi tadi.

Orang ramai dilihat memenuhi kawasan jualan sayuran, daging serta ayam segar dan sibuk memilih barangan untuk dijadikan juadah pada Aidilfitri nanti.

Suri rumah, Shikin Jamaluddin, 30, berkata beliau dan keluarganya mahu membuat persediaan lebih awal bagi mengelakkan apa juga kemungkinan termasuk jika Aidilfitri diumumkan esok.

"Saya dan keluarga sudah serik kerana tahun lepas ada bahan mentah yang tidak sempat dibeli dan rumah pun tidak habis dikemas, namun diumumkan raya esoknya.

"Memang saya, ibu dan adik beradik lain tidak tidur tahun lalu kerana menyiapkan hidangan dan mengemas rumah.

"Tahun ini, kami sepakat nak menyiapkan bahan-bahan serta mengemas rumah petang ini juga, jadi apabila pengumuman malam ini sama ada esok atau lusa Aidilfitri pun, hati tenang dan tidak lagi panik," katanya ketika ditemui.

Tahun lalu, Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Arab Saudi menyambut Aidilfitri pada 2 Mei manakala Singapura pula menyambut 1 Syawal keesokkanya iaitu pada 3 Mei.

Walaupun persiapan Syawal tahun lalu dilaporkan dibuat secara mengejut, namun sambutan Aidilfitri tetap berlangsung penuh meriah.

Dalam pada itu, Samani Sajirin, 71, berkata beliau dan keluarga sememangnya lebih gemar membuat persiapan awal untuk menyambut Aidilfitri bagi mengelakkan suasana huru-hara.

"Sudah jadi kebiasaan bagi keluarga kami membeli bahan mentah dua hari sebelum pengumuman Aidilfitri dibuat.

"Ini kerana saya sendiri pernah merasai situasi raya terkejut yang berlaku pada zaman 1970-an. Jadi bagi mengelakkan ia berulang, lebih baik siap-sedia beli bahan mentah awal-awal," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erkejut-sekali-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042023 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list