CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Arif Aiman Pemain Terbaik Februari-Mac

[Copy link]
Post time 20-4-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode

Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (tengah) cuba melepasi pemain PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Prestasi cemerlang pada awal musim membolehkan pemain sayap sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi merangkul Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) edisi Februari-Mac 2023.

Arif Aiman menerima anugerah itu yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail dalam satu majlis ringkas sebelum sepak mula aksi Liga Super antara PDRM dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi, demikian menurut kenyataan PFAM hari ini.

Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 berusia 21 tahun itu yang telah menjaringkan lima gol dalam sembilan perlawanan Liga Super musim ini turut menerima hadiah plak, wang tunai berjumlah RM2,000 dan produk minuman protein.

Beliau menewaskan empat calon lain iaitu pemain import Sabah Park Tae Su, rakan sepasukannya di JDT Fernando Forestieri, Mohamad Faisal Abdul Halim (Selangor) dan penjaga gol PDRM Ramadhan Hamid dalam proses undian yang dijalankan.


Ia merupakan gelaran kedua yang diraih Arif Aiman selepas edisi Mac 2021.

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM kelolaan PFAM sebagai usaha mengiktiraf pemain profesional di negara.

Proses pemilihan pemain dibuat oleh barisan panel terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan sebelum undian dibuka kepada peminat melalui www.pfam.my selama seminggu. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... erbaik-februari-mac
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.124404 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list