Anggota kumpulan Shinhwa iaitu Shin Hye Sung akhirnya dijatuhkan hukuman penjara enam bulan atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Keputusan tersebut dibacakan dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Daerah Timur Seoul pada Khamis lalu.
Pada 11 Oktober tahun lalu, penyanyi itu ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan tersebut dan dia juga didakwa kerana enggan memberi kerjasama melalukan ujian pernafasan bagi mengukur tahap alkohol dalam badan.
Siasatan juga dijalankan setelah polis mendapati kereta yang dipandu oleh Hye Sung ketika itu adalah bukan miliknya.
Dalam perbicaraan sebelum ini mahkamah menjelaskan hukuman lebih berat boleh dikenakan kerana enggan memberi kerjasama selain Hye Sung juga mempunyai rekod kesalahan sama sebelum ini.
Namun pihak mahkamah juga mengambil kira jumlah hukuman kerana kejadian yang berlaku tidak mengorban sebarang nyawa atau menyebabkan kemusnahan harta awam.
Hye Sung mengaku bersalah dalam pertuduhan yang dibaca namun pihak peguam meminta hukuman dikurangkan memandang penyanyi itu dikatakan sudah tidak mengambil minuman keras sejak 2021 kerana masalah kesihatan mental.