CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 947|Reply: 3

Al-Sultan Abdullah zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut ke-89

[Copy link]
Post time 27-4-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Al-Sultan Abdullah zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut ke-89


BERNAMA



KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Ke-89. FOTO ihsa FB Istana Negara



Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut ke-89 kepada seluruh warga angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), veteran TLDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama pasukan itu.

Menurut Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh seluruh warga TLDM tanpa mengira masa dan penat lelah dalam melindungi kedaulatan serta memelihara keselamatan perairan negara.

"Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga para perwira dan anggota tentera laut yang terkorban semasa bertugas.

"Yang di-Pertuan Agong turut mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama solihin," menurut catatan itu.

Pada masa yang sama, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mendoakan semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.




Disiarkan pada: April 27, 2023 @ 12:37pm












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2023 01:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2023 01:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2023 01:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.472929 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list