CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41331|Reply: 185

TELAH DIHALALKAN EPAL ITU [ALHIJRAH TV :VIDEO DAH UPLOAD DI WEB ALHIJRAH]

  [Copy link]
Post time 6-12-2010 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by oddxx at 13-1-2011 10:31

Akan datang drama yang akan disiarkan di stesen televisyen baru TV Alhijrah

Telah Dihalalkan Epal Itu.

Bermula : 8 Disember 2010 (Rabu-Jumaat) 8:30 Malam.

Lakonan Shahz Jaszle, Fida Ibrahim, Dato' Rahim Razali, Fauziah Nawi, Norman Hakim, Zain Saidin dan Rozie Rashid.

Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang menebus kesalahannya dengan berkhidmat secara sukarela kepada seorang lelaki. Akhirnya, atas segala kejujuran dan nilai murni yang ditunjukkan, orang tua itu telah memberikan kembali sesuatu yang berharga.Satu kisah yang simbolik yang dekat dengan sebuah kisah sufi lama yang terkenal dan sering menjadi cerita masyarakat.


Uploaded with ImageShack.us


Uploaded with ImageShack.us


Uploaded with ImageShack.us


Uploaded with ImageShack.us


Uploaded with ImageShack.us


Uploaded with ImageShack.us


Uploaded with ImageShack.us

Credit to : Alhijrah TV and Zeel Production

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2010 02:55 PM | Show all posts
nampak menarik.....mesti tonton
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:00 PM | Show all posts
Reply 1# oddxx


    menarik utk di tonton..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 03:25 PM | Show all posts
spe  fida tu???ala lum dpt la tv alhijrah nie...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 04:37 PM | Show all posts
setiap rabu - jumaat,  mulai 8 disember 2010, jam 8.30 mlm, di tv AlHijrah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 04:40 PM | Show all posts
oddxx, fauziah nawi pn berlakon gak ek..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2010 04:53 PM | Show all posts
Reply 6# marchie


a'ah ..aku nampak gambar dia ada tuh .....jadik nenek shahz lagik agaknya.. ada chemistry kut.....wa ka ka..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 06:03 PM | Show all posts
tv alhijrah ni ada kat astro ke? sorry ek aku tnya psl aku xtau lah ttg channel baru ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2010 06:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by marchie at 6-12-2010 18:27

oddxx, SJ mmg ada ckp dia mmg kagum and idola dia Fauziah Nawi and Rahim Razali..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 08:37 PM | Show all posts
mcm msns nk dpt tv al hijrah ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 08:42 PM | Show all posts
o ni kisah zaman nabi2 dulu kan....ala Fida Syuga Cinta ke?x de yg lebih cun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 04:11 PM | Show all posts
cite mse zaman nabi tu mcm mane ek?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 09:34 PM | Show all posts
cite mse zaman nabi tu mcm mane ek?
babyorange Post at 7-12-2010 16:11



Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh.

Suatuhari dia berehat di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Diaterasa amat lapar. Tiba-tiba pemuda tersebut ternampak sebiji epal yangsedang terapung dibawa arus sungai. Kerana kelaparan, dia mengambilepal tersebut lalu memakannya. Dia berasa amat kesal dan takut kepadaAllah s.w.t. kerana memakan buah epal yang tidak diketahui pemiliknyaitu tanpa izin.
Tiba-tiba terdetik di hatinya,

“Mungkin tuan buah epal ini berada di hulu sungai, lebih baik aku mencarinya untuk memohon maaf padanya.”


Demimencari tuan punya buah epal itu, dia sanggup menyusuri sungai denganharapan akan menemui kebun epal. Memang benar telahannya. Terdapatsebuah kebun epal di hulu sungai dan beberapa pohon yang buahnyaberjuntai ke arah sungai. Si pemuda bertemu dengan tuan kebun untukmeminta maaf dan minta dihalalkan buah yang telah dimakannya tanpa izintersebut. Tuan kebun sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda lantasmengujinya dengan meminta pemuda tersebut bekerja di kebun epaltersebut selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat memaafkan danmenghalalkan buah epal yang telah dimakannya. Walaupun berat untukmenunaikannya namun kerana kewarakannya dia tetap menerima syarattersebut.
Setelahtamat tempoh 10 tahun, pemuda tersebut meminta izin untuk pulang. Namuntuan punya kebun sekali lagi mengenakan syarat tambahan iaitu pemudatersebut dikehendaki berkahwin dengan anak perempuannya yangdikhabarkan adalah buta, pekak,bisu dan cacat anggota badan. Walaupun syarat itu sangat berat namundia tetap bersetuju asalkan kesalahannya memakan buah epal 10 tahunyang lalu dihalalkan.
Tibalahsaat yang dinanti-nanti, usai majlis akad nikah pemuda tersebut punmelangkah masuk ke dalam kamar untuk bertemu isterinya yang dikatakanbuta, pekak, bisu dan cacat itu. Sebelum memasuki kamar, dia memberisalam. Namun dia terkejut kerana salamnya dijawab. Ini menunjukkanbahawa perempuan di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak. Malah apabilabersemuka, dia melihat wanita tersebut tidak cacat anggota badan malahsempurna sifat dan baik rupa parasnya. Si pemuda lari keluar keranamenyangka dia telah tersalah bilik.
Lantasbapa mentuanya memberi penjelasan bahawa buta yang dimaksudkan ialahkerana anaknya itu tidak pernah melihat perkara yang diharamkan Allahs.w.t. Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak pernahmendengar perkataan lagha, umpatan dan sebagainya. Dikatakan bisu pulakerana dia menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yangmebawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota badan yang cacat itupula tersirat maksud anggota badannya terpelihara daripada mengerjakanmaksiat.
Hasildaripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehahitu maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorangwali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya. Iaitulah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.
P/S:-Jadikanlah tauladan dan ingatan...bkn hnya mengingati cerita Sir Isacc Newton dan epal yg menjadikannya menemui graviti(9.81<-----nilai bagi graviti..hehehe)


kredit to:  http://ayieshredder87.blogspot.c ... an-sebiji-epal.html
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 10:00 PM | Show all posts
nak tanya, kalu ky asteruk cenel bape???
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 10:36 PM | Show all posts
Reply 13# nashrudean

mekaseh nashudeen.....oohh cite tu, br la ingat skrg
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 10:44 PM | Show all posts
tv ni kena search...tak silap aku tekan menu dan search....
tapi aku sendiri pun x dpt2 lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2010 11:10 PM | Show all posts
Reply 14# mijot


Kat ASTRO belum ada lagiK!

"TVAlhijrah merupakan stesen televisyen percuma (FTA) terbaru berpusat danbersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur, lokasi strategik di ibunegara, merupakan stesen televisyen pertama dilahirkan dari inpirasibercirikan Islam. TV Alhijrah juga bakal ditonton melalui siaran ASTROdan rancangan-rancangan TV Alhijrah menemui penonton melalui platformbaru seperti internet serta telefon bimbit. Lima transmisi telahbersedia untuk memancarkan siaran kepada penonton di Lembah Klang,Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Siaran ini telah mencakupi 55%daripada penonton televisyen di negara ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 11:09 AM | Show all posts
cam best je..pasti tengok ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 12:50 PM | Show all posts
tv al hijarh..camner nk dpt cenel no berapa.?..kat kl ajer ker..klang dpt x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 01:09 PM | Show all posts
Reply 19# makadek



Stesen televisyen Islam pertama negara, TV Alhijrah berjaya memancarkan siaran ujiannya menerusi lima lokasi transmisi membabitkan Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak pada pelancarannya mulai 1 November 2010.
Orang ramai di negeri berkenaan kini boleh mengikuti siaran itu dengan menekan butang alat kawalan jauh pada gelombang UHF set televisyen masing-masing.

Bagi penonton di Lembah Klang, ia boleh diterima menerusi siaran CH55 pada frekuensi 743.25 MHZ, Pantai Timur (CH41:631.25MHZ), Johor (CH40:623.25MHZ), Sarawak (CH37:599.25MHZ) dan Sabah (CH37:599.25MHZ).
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata bagi pelanggan stesen televisyen berbayar, ASTRO stesen itu masih dalam proses perbincangan dengan syarikat berkenaan bagi membolehkan saluran itu disenaraikan dalam perkhidmatannya.

Beliau berkata, satu badan panel pemantau syariah turut ditubuhkan bagi memantau perkembangan dan maklum balas program kendalian stesen TV yang menelan belanja RM60 juta itu.

“Panel pemantauan dipengerusikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor sudah ditubuhkan bagi memantau perkembangan program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

“Justeru, orang ramai boleh menyalurkan pandangan dan kritikan mengenai mutu perkhidmatan bagi meningkatkan komitmen penyiaran dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas melancarkan siaran percubaan itu.
Hadir sama, Dr Mohd Yusof yang juga Pengerusi Alhijrah Media Corporation dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bukhari Che Muda.
- BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.078395 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list