CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

[Johor] 11 batu nisan dikebas pencuri?

[Copy link]
Post time 29-4-2023 04:25 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Izzul menunjukkan batu nisan yang dicabut di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau. FOTO Omar Ahmad

Johor Bahru: Sekurang-kurangnya 11 batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Taman Istimewa, Pandan di sini hilang dipercayai dicuri.

Kejadian itu dipercayai berlaku sejak seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan waris.

Penggali kubur, Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, 29, berkata dia dimaklumkan kejadian kehilangan batu nisan itu oleh waris yang menziarahi kubur pada Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, batu nisan yang hilang terdiri daripada sembilan set batu nisan jenis batu sungai yang berharga RM450 sepasang, manakala lagi tiga set ialah batu nisan biasa berwarna putih berharga RM350 yang diletakkan di pondok kubur juga hilang.

"Kebanyakan lokasi batu nisan yang hilang ini berdekatan pagar. Di tanah perkuburan ini terdapat empat pintu iaitu dua pintu kecil di bahagian tepi dan dua pintu utama di bahagian depan dan belakang.

"Kita tidak tahu sapa punya angkara dan tujuannya," katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu hari ini.

Menurut Muhammad Izzul kejadian itu adalah yang pertama berlaku sejak tanah perkuburan ini dibuka pada awal tahun 90-an.

"Saya sudah enam tahun menjadi penggali kubur di sini, ini kali pertama menyaksikan kejadian seumpama ini dan percaya batu nisan itu dicuri untuk dijual semula.

"Kalau diikutkan jenis batu nisan yang dicuri iaitu batu sungai boleh dipotong nama sedia ada dan diukir nama baru. Malah permintaan batu kubur jenis batu sungai juga tinggi kerana mampu dibeli.

"Tanah kubur ini adalah tanah wakaf, segala operasi dan kerja pembersihan adalah sumbangan orang ramai dan kariah surau serta masjid berdekatan," katanya.

Bercerita lanjut, Muhammad Izzul Hafiq berkata ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pengurusan mengunci tiga pagar dan hanya membuka pagar belakang yang dekat dengan kediaman penduduk bagi memudahkan ziarah dan pemantauan pergerakan.

"Tetapi selepas PKP orang ramai marah dan meminta semua pintu pagar dibuka, jadi kita ikut sahaja tetapi tidak sangka begini pula yang jadi," katanya.

Katanya, bagaimanapun dia difahamkan waris tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... san-dikebas-pencuri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.034814 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list