View: 552|Reply: 0
|
[DUNIA]
Seperti penonton filem pembunuhan
[Copy link]
|
|
Seperti penonton filem pembunuhan
MONICA terduduk kesakitan selepas ditikam dengan pisau oleh seorang penonton yang mendakwa peminat sejati Steffi. FOTO AFP
Berlin: Tiga puluh tahun sudah berlalu sejak peminat Steffi Graf menikam bintang tenis Monica Seles di dalam gelanggang di Hamburg namun saksi kejadian berkenaan masih boleh mengingati peristiwa serangan itu yang dianggapnya seperti menonton filem pembunuhan.
Pada 30 April 1993, seorang penganggur dari Jerman, Guenter Parche terlalu meminati Steffi seperti orang tidak siuman, berjalan masuk ke dalam gelanggang dalam saingan Piala Citizen Hamburg.
Ketika itu Monica sedang beraksi dengan Magdalena Maleeva dan Parche masuk sambil memegang sebilah pisau.
Parche menikam bahu Monica dengan pisau berkenaan, kemudian memberitahu polis dia mahu mencederakan Monica sehingga pemain itu tidak boleh bermain tenis dalam tempoh yang lama.
Christoph Werle, atendan papan markah pada kejohanan itu, memberitahu Welt Jerman bahawa serangan itu 'seperti filem pembunuhan.
"Saya menjerit, yang jelas boleh didengari di kaca televisyen. Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi amaran dengan lebih tepat."
Kejutan Werle bermakna dia tidak dapat memberi amaran kepada pemain nombor satu dunia itu, tetapi jeritannya membuat Monica bergerak ke hadapan sedikit untuk melihatnya.
Itu berpotensi menyelamatkan nyawa, kerana Parche tidak dapat menikam dengan lebih dalam.
Winfried Roehl, seorang penonton yang berlari ke gelanggang untuk menerpa ke arah Monica selepas melihat baju pemain itu bertukar kemerah-merahan.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... on-filem-pembunuhan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|