CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1671|Reply: 1

Sedih Baju Raya Luntur Warna Selepas Basuh? Try Cara Ini, Pasti Nampak Macam Baru Beli!

[Copy link]
Post time 30-4-2023 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Sedih Baju Raya Luntur Warna Selepas Basuh? Try Cara Ini, Pasti Nampak Macam Baru Beli!


Baju luntur warna adalah situasi lazim yang berlaku pada semua orang. Tapi, jika berterusan, siapa je yang tak stres kan apabila setiap kali beli baju baru, warnanya luntur hanya selepas sekali dibasuh menggunakan mesin basuh.

Untuk pengetahuan anda, baju luntur warna disebabkan oleh agen pencuci seperti sabun pencuci, pelembut, peluntur atau kerana alat dan air yang digunakan ketika mencuci baju. Pakaian sebenarnya sensitif, silap sahaja kaedah mencucinya, terus luntur warnanya. Tapi, jangan risau, jom ikuti perkongsian penulis mengenai tips hilangkan luntur warna pada baju anda!

TIPS HILANGKAN LUNTUR WARNA PADA PAKAIAN
1. Gunakan cuka

Pernah dengar tak keberkesanan cuka pada permukaan seperti lantai dan dinding yang kotor hingga menjadi bersih? Apa yang menariknya mengenai cuka, ia juga sebenarnya mampu mengembalikan warna baju anda!

Anda tidak perlu menyapu atau menyental kerana cara mudahnya adalah dengan merendamkan pakaian yang telah luntur warna ke dalam baldi atau besen bersama sabun dan garam. Seterusnya, biarkan baju anda direndam selama 15 ke 30 minit.

2. Gunakan baking soda


Haa, jangan ingat baking soda digunakan dalam masakan je! Ia juga boleh menolong anda menghilangkan luntur warna pada pakaian. Anda boleh meletakkan baking soda atau serbuk penaik ini pada baju yang telah luntur warnanya atau pudar dan rendamkan untuk sementara waktu sebelum pakaian anda dibasuh semula.

Jika ia telah melekat pada bahagian pakaian yang terjejas, anda hanya perlu cungkil ia keluar menggunakan kuku. Seterusnya, anda perlu membersihkan baju semula menggunakan air dan sabun seperti biasa.

3. Gunakan alkohol


Untuk pengetahuan anda, alkohol bukanlah sekadar digunakan sebagai minuman namun ia juga mempunyai banyak fungsi tersendiri. Paling ajaib, setiap jenis cecair alkohol tidak kira berasal daripada apapun sumber, berupaya untuk meratakan warna pada pakaian anda! Hebat kan?

Caranya adalah anda hanya perlu menitiskan cecair alkohol pada bahagian yang luntur warnanya sehinggalah baju itu nampak rata semula. Seterusnya, cuci ia kembali untuk menghilangkan kesan alkohol tersebut. Senang sangat kan?

4. Produk khas untuk mengembalikan warna baju

Tahukah anda bahawa telah banyak ciptaan produk yang diformulakan khusus untuk mengembalikan warna baju yang semakin luntur di pasaran? Penting untuk anda membaca label supaya dapat mengetahui kandungan dan tujuan sesuatu produk agar lebih pasti.

Cara penggunaan menggunakan produk ini juga simple iaitu ganti sabun pencuci sedia ada dengan produk yang telah anda beli. Satu fakta lain yang best ialah ia turut mampu digunakan untuk cucian tangan serta mesin basuh!

5. Larutan air buah yang mengandungi bahan asid


Terdapat banyak jenis buah bersifat asidik dan kebanyakannya adalah berasal daripada kategori buah sitrus seperti anggur, lemon, limau, oren, kiwi dan lain-lain. Salah satu cara menghilangkan luntur warna pada baju adalah dengan menggunakan larutan air daripada buah tadi yang mengandungi bahan asid.

Caranya juga mudah iaitu kisar dan ambil ekstrak buah itu. Seterusnya, anda hanya perlu merendamkan baju yang telah luntur warna ke dalam larutan ini dan perhatikan hasilnya!

Keberkesanan tips di atas bergantung juga kepada jenis fabrik dan cara anda melaksanakannya. Kadangkala mungkin pakaian anda memerlukan lebih masa dan usaha untuk ia kembali seperti dulu. Paling penting, jangan risau jika baju raya baru anda luntur warna, cuba dulu tips ini sebagai langkah berjaga sebelum ia semakin pudar dengan teruk.

Sumber: Hello Doktor
https://siraplimau.com/hilangkan-luntur-warna-baju/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2023 11:40 AM | Show all posts
Thank you very much for this excellent ideas of getting a cloths look like new. I appreciate your time and effort.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.059063 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list