CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Pahang] Pantai bercerun, undang bahaya kepada pengunjung

[Copy link]
Post time 2-5-2023 12:12 PM | Show all posts |Read mode

Pantai Teluk Cempedak di Kuantan antara kawasan yang dilarang mandi-manda ekoran keadaan pantai yang berbahaya.


KUANTAN – Jajaran pantai di negeri ini yang melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin sememangnya telah lama menjadi tarikan kepada pengunjung dalam dan luar negara.

Antara pantai terkenal termasuk Pantai Teluk Cempedak dan Cherating di Kuantan, Pantai Sepat di Pekan dan Pantai Hiburan di Rompin.

Bagaimanapun, di sebalik keindahan pantai itu, ia menjadi ‘perangkap maut’ kepada pe­ngunjung untuk mandi-manda ekoran keadaan struktur pantai terlalu cerun yang berisiko tinggi menyebabkan seseorang itu boleh terjatuh di kawasan dalam.

Tinjauan Kosmo! di Pantai Te­luk Cempedak di sini mendapati, bendera merah di pasang di pantai yang bermakna larangan untuk mandi di pantai berkenaan.

Bendera merah dipasang di situ memandangkan kawasan pantai itu yang tidak landai dan berbahaya untuk aktiviti mandi-manda.

Meskipun bendera merah dinaikkan, namun terdapat individu dan remaja masih mandi-manda tanpa menghiraukan kese­lamatan masing-masing.

Seorang penduduk setempat, Zahiran Hamid, 48, mendakwa, kawasan Pantai Teluk Cempedak sememangnya sudah berubah dan amat berbahaya kerana pantai berkenaan bercerun.

“Nama pun teluk memang pantai itu berteluk, tetapi dahulu tidaklah seteruk sekarang kerana hampir semua kawasan bercerun dan semakin dalam.

“Dahulu masa zaman sekolah memang saya sering mandi di sini dan masih ada kawasan mendatar, tetapi sekarang sudah berubah dan amat berbahaya,” katanya.

Tinjauan di sekitar Pantai Tanjung Sepat di Pekan pula mendapati, segelintir pengunjung masih bermain di air meskipun ombak pada ketika itu agak besar.

Bagaimanapun, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dilihat melakukan pemantauan di kawasan berkenaan dalam memastikan keselamatan pe­ngunjung.



Juahari sentiasa memantau pengunjung yang mandi-manda di Pantai Tanjung Sepat di Pekan.

Seorang penduduk yang juga sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Mohamad Zulkifli Ismail, 34, berkata, kawasan pantai di situ juga tidak semuanya mendatar dan ada kawasan tertentu bercerun.

“Kalau dilihat ada kawasan yang tidak berombak besar menyebabkan ramai mandi di kawasan ini, namun sebenarnya di sinilah paling berbahaya kerana kawasannya tidak mendatar dan bercerun.

“Ada beberapa tempat di pantai ini yang dikenal pasti bercerun dan kami sentiasa menasihatkan pengunjung supaya tidak mandi di kawasan ini,” ujarnya.

Sementara itu, pasukan penyelamat pantai, Juahari Abu bakar, 45, memberitahu, dia dan beberapa anggota akan melakukan pemantauan pada setiap hari khususnya melalui menara tinjau bagi memastikan keselamatan pengunjung.

Ujarnya, kebiasaannya penduduk setempat tidak mandi sekiranya ombak besar dan ha­nya pengunjung luar sahaja yang mandi tanpa memikirkan risiko keselamatan masing-masing.

“Kami hanya boleh menasihatkan mereka tetapi jika mereka terus mandi juga kami tidak ada kuasa untuk menghalang,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -kepada-pengunjung/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.152264 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list