CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Terengganu] Pengeluaran air nira turut terjejas berikutan cuaca panas

[Copy link]
Post time 2-5-2023 01:35 PM | Show all posts |Read mode

Wan Zulpani Wan Ahmad, 51, sedang melakukan kerja memotong mayang kelapa dan menadah botol untuk mendapatkan air nira. FOTO NAZDY HARUN

Marang: Pengeluaran air nira turut terjejas berikutan fenomena cuaca panas yang berlarutan di negara ini sejak awal Mac lalu.

Pengusaha, Wan Zulpani Wan Ahmad, 51, dari Kampung Batangan, di sini, berkata dia mampu memungut lebih 60 liter nira setiap hari sebelum ini, tetapi kini sekitar 30 liter sahaja kerana keadaan cuaca panas.

"Sebaik selesai memungut air nira, pembeli sudah datang ambil di kebun kelapa tanpa sempat saya bawa pulang ke rumah.

"Saya terpaksa agih-agihkan air nira ini kepala pelanggan kerana bekalan tidak mencukupi kerana pengeluaran menurun sejak berlaku fenomena cuaca panas ini," katanya yang menjual air nira dengan harga RM40 bagi setiap 10 liter.

Menurutnya, dia menanam 150 pokok kelapa di tanah berkeluasan 0.2 hektar, namun cuaca panas membahang pada tahun ini mengakibatkan hasil yang diperoleh menurun.

Katanya, cuaca panas pada tahun ini berbeza berbanding tahun sebelumnya kerana tahap kepanasan kali ini mengakibatkan pengeluaran air nira terjejas.

"Sudah menjadi kebiasaan pada Mac hingga Jun akan berlaku musim panas, namun kali ini dianggap 'panas luar biasa'.

"Pengeluaran air nira yang sedikit tidak mampu menampung permintaan dan agihan secara giliran terpaksa dilakukan bagi membolehkan semua pelanggan mendapat tempahan mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rikutan-cuaca-panas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.418701 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list