CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14513|Reply: 68

MENJAMU TOK NENEK???

[Copy link]
Post time 9-12-2010 12:02 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua, pakcik teruja untuk berkongsi cerita tentang yang dikatakan 'jamu tok nenek' atau setengah tempat disebut 'saji tok nenek'. Ianya bermaksud menyediakan sedulang atau sesaji makanan yang selalunya berupa ayam panggang, pulut kuning, sirih pinang dan sebagainya dan diletakkan di hujung kampung atau kawasan tertentu tak jauh dari kediaman.
Siapa yang nak dijamu? Sudah tentu bukan manusia.  Perbuatan khurafat ini telah lama diamalkan dalam masyarakat Melayu yang percayakan jurai ke'saka'an dan menganggap jin-jin yang pernah bersahabat dengan nenek moyang mereka sebagai penjaga keselamatan keluarga mereka.
Dipendekkan cerita, pakcik ingin berkongsi pengalaman yang pernah dialami beberapa ketika dahulu di sebuah negeri nunjauh di utara.
Pada suatu ketika, pak cik agak lama meninggalkan kampung laman atas urusan pekerjaan. Setelah beberapa bulan, pakcik kembali ke kampung dan di beritahu seorang teman lama sedang sakit. Pak cik bergegas ke rumahnya yang terletak di kaki banjaran Nakawan. Dari jalanraya, pakcik boleh terus nampak rumahnya yang agak jauh di penjuru sawah padi dan rasa cemas menguasai perasaan ketika itu kerana kelihatan ramai orang berada disitu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2010 12:14 AM | Show all posts
Dalam fikiran pakcik ketika itu, sahabat baik pakcik mungkin dah meninggal dunia atau sedang nazak. Sampai saja di hadapan runahnya, pakcik terus naik ke ruang tamu dan pakcik dapati ruang tamu itu dipenuhi oleh golongan tua kampung itu dan beberapa orang bomoh yang memang pakcik kenali. Ruang tengah ruang tamu seperti sengaja dikosongkan namun tiada apa di situ. Sahabat pakcik juga tidak kelihatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 01:04 AM | Show all posts
Sebelum disambungg....pernahkah saudara saudari mendengar tentang ini? Kongsi-kongsikanlah ye...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 02:28 AM | Show all posts
kalau saji saka tu biasa dengar, iaitu biasanya disajikan bertih setiap malam jumaat. tujuannya untuk dijadikan makanan saka (jin) sepertimana yg dijanjikan, balasannya jin saka akan melindungi ahli keluarga mereka. cuma istilah "saji tok nenek" ni agak janggal.

harap bro azredclaw66 teruskan cerita. nak juga tau kesudahannya.

p/s : lama tak nampak bro.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 03:23 AM | Show all posts
sila sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 08:53 AM | Show all posts
Dekat kampung aku, ada satu famili yang bagi sajian tok nenek ni kat kuboo . PAstu daging mentah pulak tu.. Kunun famili diorang ada saka rimauuu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2010 09:02 AM | Show all posts
Salam semua, pakcik teruja untuk berkongsi cerita tentang yang dikatakan 'jamu tok nenek' atau seten ...
azredclaw66 Post at 9-12-2010 00:02


salam TT..... setau aku kalu jamuan camtu biasanya bagi kat antu raya.... samerler ngan perbuatan '' ancak ''.
banyak agi yer orang buat camni dlm zaman IT ni......
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 09:44 AM | Show all posts
Laaa..mana sambunganNyaaaa pakcik Oiii....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 10:09 AM | Show all posts
Sebelum disambungg....pernahkah saudara saudari mendengar tentang ini? Kongsi-kongsikanlah ye...
azredclaw66 Post at 9-12-2010 01:04


Aku pernah dengar cerita dari arwah atok aku tentang sajian yg di berikan pd saka harimau seperti bertih, daging mentah, pulut kuning dll  yg telah di lakukan oleh org2 tua dulu di kampung arwah atuk & di kampung sebelah
Upacara ni akan di jalankan bukan saja pd hari khamis mlm jumaat tapi juga pd mlm tertentu yg lainnya
Lagi 1 upacara yg pernah nenek & arwah atok aku cerita ialah tahlil kubur iaitu upacara ni kebiasaannya akan di lakukan pd hari raya Aidilfitri iaitu hari ke-3
Penduduk kampung membawa makanan & akan berduyun-duyun pergi ke kubur2 lama iaitu kubur2 org2 yg membuka & meneroka kampung tersebut utk di adakan majlis tahlil arwah secara beramai-ramai di sekitar kubur2 lama tersebut
Selepas selesai mereka akan makan makanan yg mereka bawa seolah mcm kenduri-kendara
Ini yg arwah atok aku ceritakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 10:13 AM | Show all posts
salam TT..... setau aku kalu jamuan camtu biasanya bagi kat antu raya.... samerler ngan perbuata ...
xbrapebaik Post at 9-12-2010 09:02


Ya betul tu XBB
Aku ada dengar dari arwah atok aku pasal upacara ancak ni & selalunya ancak ni di hanyutkan ke sungai2 yg berhampiran especiallyoleh org2 yg ada membela saka @ jin pendamping ni mcm bidan, bomoh, jurulatih silat dll
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:11 AM | Show all posts
Pernah juga dengar ancak di hanyutkan di laut untuk makan sesiapa sya kurang pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:43 AM | Show all posts
banjaran nakawan tu di negeri perlis kan pakcik? sambungla cerita pakcik..tak sabar nak tahu apa yang terjadi selanjutnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:48 AM | Show all posts
Tiap tahun, bulan 7 kelender cina, orang cina (buddha masih banyak yg menyajikan makanan pada hantu hantu sempena sembahyang hantu.....

Aku suka tengok depa panggang babi golek hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:59 AM | Show all posts
macam menarik..
wa jadi SR sajork
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 12:29 PM | Show all posts
thread nie syiok!!!we want more...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 01:14 PM | Show all posts
Salam semua, pakcik teruja untuk berkongsi cerita tentang yang dikatakan 'jamu tok nenek' atau seten ...
azredclaw66 Post at 9-12-2010 12:02 AM


nice thread pakcik..   teruskan bercerita...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2010 01:29 PM | Show all posts
pokcik...sambungan pleaseeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 02:24 PM | Show all posts
maaf, baru balik cari orang lemas di sungai...nak gi ziarah kejap. I.Allah pakcik sambung malam nanti. Maaf ye.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 02:36 PM | Show all posts
takpe...gi carik dulu..semoga jumpa..nnt sambung balik okai?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 03:31 PM | Show all posts
wah menarik thread nih .
malam nih cam biasa p.cik ye .
thx
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.468536 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list