CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

[Terengganu] Ops Manis mampu atasi bekalan gula terputus

[Copy link]
Post time 4-5-2023 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Nerus: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan masalah ketiadaan gula baru-baru ini tidak akan berlaku terutama di Kelantan dengan pelancaran Ops Manis.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata, pihaknya yakin Ops Manis yang dilancarkan dapat memulihkan masalah kekurangan bekalan gula ke tahap stabil.

Beliau berkata, objektif penubuhan Ops Manis yang dilancarkan hari ini juga khas untuk negeri Kelantan dan Terengganu dalam usaha memulihkan bekalan gula di semua tempat.

"Malah, dua pengeluar gula utama, MSM Malaysia Holding Bhd (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) juga sudah memberi jaminan hasil daripada mesyuarat tergempar, semalam.

"MSM dan CSR memberi komitmen untuk memastikan yang pengguna tidak lagi menghadapi masalah gula selepas ini dan rakyat tidak lagi panik," katanya selepas operasi khas terhadap syarikat pemborong di kawasan Perindustrian Gong Badak, di sini, hari ini.

Azman berkata, Ops Manis yang dilaksanakan itu juga akan dibuat dalam tempoh seminggu dahulu dan akan melihat apa tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pihaknya juga menerima 11 aduan semuanya di Kelantan membabitkan menyorok, enggan menjual dan meletakkan harga mahal.

"Di Terengganu, kita tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung kekurangan gula dan setakat ini, masalah ini masih terkawal.

"Justeru, kita memberi amaran kepada mana-mana peruncit dan pemborong yang didapati menyorok bekalan gula, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka," katanya.

Dalam pada itu, Azman berkata, pihaknya juga melantik anggotanya melakukan operasi, Ops Samar dengan melakukan pemeriksaan mana-mana premis dikenal pasti.

"Anggota yang dilantik ini akan melakukan Ops Samar tanpa memakai baju seragam dan mereka ini akan melakukan pemeriksaan di mana-mana premis bagi memastikan tidak berlaku kes menyorok bekalan gula ini," katanya.



AZMAN (kiri) memeriksa bekalan gula ketika Ops Manis di Kawasan Perindustrian Gong Badak. FOTO Ghazali Kori

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... la-terputus-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.147414 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list