CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Kelantan] Cuaca panas: Pelajar lebih selesa pakai baju sukan

[Copy link]
Post time 4-5-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat memakai baju sukan untuk ke sekolah mulai semalam. – ROHANA ISMAIL



TUMPAT – Pelajar-pelajar kini lebih selesa memakai pakaian sukan di sekolah ketika cuaca panas melampau melanda negara ketika ini.

Seorang bapa, Mohd. Zapni Zainun, 50, berkata, kebenaran yang diberikan Kementerian Pendidikan (KPM) itu adalah satu langkah baik demi kesihatan anak-anak mereka.

“Pemakaian baju sukan lebih sesuai untuk murid-murid apabila tidak perlu terikat dengan uniform atau tali leher.

“Lagi pun pakaian seragam sekolah yang perlu memakai tali leher dilihat tidak sesuai dengan keadaan cuaca ketika ini,” kata­nya ditemui Kosmo! semalam.

Fatmawati Abdul Aziz, 40, pula memberitahu, ketika musim kemarau ini, kanak-kanak mudah menghidap pelbagai penyakit.

“Jadi, faktor pakaian perlu diambil kira, anak saya sangat tidak selesa memakai seragam dengan tali leher ketika cuaca mencecah 37 darjah Celsius,” katanya.

Bagi seorang pelajar, Aziz Fahmi Mohd. Farid, 15, berkata, dia lebih selesa memakai pakaian sukan ketika cuaca panas.

“Berpeluh-peluh jika dipakai uniform pada waktu ini. Selepas dibenarkan pakai baju sukan setiap hari, saya amat gembira kerana ia selesa,” ujarnya.


https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... a-pakai-baju-sukan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 1.316461 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list