CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Terengganu] 120kg gula 'licin' tak sampai sehari

[Copy link]
Post time 4-5-2023 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Nerus: Masalah ketiadaan gula di daerah ini masih berlaku apabila kebanyakan kedai runcit dan pasar raya kehabisan bekalan.

Tinjauan ke beberapa kedai runcit dan pasar raya mendapati ruang meletak gula kosong sekali gus merisaukan peniaga dan pengguna.

Peniaga kedai runcit, Maziah Mazlan, 38, berkata, kali terakhir dia memperoleh bekalan gula tiga hari lalu sebanyak 120 kilogram (kg) daripada pemborong.

Menurutnya, bekalan itu dijual tidak sampai sehari apabila orang ramai yang kebanyakan datang ke kedai mendapatkan gula dan perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya mengehadkan pembelian dua kilogram seorang saja dan bekalan ini tidak bertahan lama apabila tidak sampai sehari pun menjualnya.

"Saya cuba mendapatkan bekalan baru daripada pemborong pagi tadi, namun gagal kerana mereka mendakwa sudah kehabisan stok," katanya yang ditemui di kedainya Kampung Wakaf Tengah, di sini, hari ini.

Pekerja sebuah pasar raya yang mahu dikenali sebagai Kak Na, 37, berkata, gula habis dijual malam tadi dan tidak mengetahui bila bekalan akan dihantar.

"Saya tidak tahu hari apa bekalan ada semula kerana stor penyimpanan barangan juga sudah kehabisan buat masa sekarang," katanya.

Pekerja kedai runcit, Ainatul Najihah Azam, 22, berkata, sebanyak 100 kg gula habis dijual sebelum operasi kedai ditutup pada jam 6 petang.

"Kebanyakan pengguna yang datang ke kedai mencari gula dan kami menjual sebanyak dua kilogram saja kepada seorang pembeli," katanya.

Sementara itu, pengusaha kantin sebuah sekolah di daerah ini, Mastima Harun, 43, berkata, dia kini sudah kehabisan stok dan cuba mendapatkan di beberapa kedai runcit, namun tidak berhasil.

"Saya bernasib baik sekolah cuti hari ini dan hari minggu. Jadi, dalam tempoh cuti ini, saya terpaksa menjelajah mencari bekalan," katanya yang memerlukan 15 kg untuk seminggu sesi persekolahan.

Semalam, media melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan masalah ketiadaan gula tidak akan berlaku terutama di Kelantan dan Terengganu dengan pelancaran Op Manis.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pihaknya yakin Op Manis dapat memulihkan masalah kekurangan bekalan gula yang berlaku kembali ke tahap stabil dalam tempoh terdekat.


TINJAUAN mendapati gula habis di beberapa kedai runcit dan pasar raya. FOTO Faizul Azlan Razak

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpai-sehari-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.062328 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list