CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Treler bawa 6 kereta lunyai, pemandu parah

[Copy link]
Post time 4-5-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Enjin tercabut, pelbagai bahagian treler berterabur di jalanan selain keadaan beberapa kereta bergelimpangan.

Itu gambaran kemalangan membabitkan treler terbabas dan melanggar penghadang jalan serta tiang jejambat di Kilometer (KM) 263.1 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Plaza Tol Seremban, 10.15 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pemandu treler parah selepas tercampak keluar manakala tiga kereta yang dibawa turut jatuh di atas jalan raya dan menyebabkan pengguna jalan raya menyangka treler terbabit sudah menyondol beberapa kereta di lebuh raya.

Nanda berkata, treler itu membawa muatan enam kereta yang belum berdaftar.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu seorang lelaki berumur 49 tahun sedang bergerak dari arah Tanjung Malim menuju ke arah Johor Bharu.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, treler hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri pembahagi lebuh raya seterusnya terbabas ke arah tembok tengah pembahagi lebuh raya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

"Pemandu treler dibawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan sedang menerima rawata," katanya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati kejadian menyebabkan lorong kanan ditutup bagi kerja pengalihan kenderaan dan pembersihan mengakibatkan kesesakan kira-kira 10 km di kedua-dua arah.

Sehingga 1 tengah hari tadi, keadaan masih lagi sesak namun mula bergerak lancar susulan kerja pengalihan treler dan pembersihan hampir selesai.


TRELER yang membawa kereta terbabas dekat Plaza Tol Seremban. FOTO Ahmad Hasbi

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mandu-parah-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.130117 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list