View: 164|Reply: 0
|
[Johor]
'Wheelie' depan polis
[Copy link]
|
|
PELAJAR berusia 16 tahun ditahan selepas melakukan aksi merbahaya di Jalan Parit Jamil. FOTO ihsan polis
Muar: Gelagat seorang pelajar menunggang motosikal sambil melakukan aksi merbahaya dengan mengangkat tayar hadapan (wheelie) serta berlagak seperti 'superman' mengundang padah apabila ditahan polis, malam tadi.
Pelajar berusia 16 tahun dikatakan melakukan aksi itu tanpa menyedari dia diperhatikan anggota penguat kuasa trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar yang kebetulan membuat rondaan dan pemantauan di Jalan Parit Jawa.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian berlaku pada jam 12.40 tengah malam yang mana anggota penguat kuasa trafik melihat suspek mengangkat tayar hadapan sebanyak dua kali serta melakukan aksi 'superman' bermula di Jalan Parit Jamil sehingga ke Parit Pechah.
Beliau berkata, anggota terbabit kemudian mengejar lalu menahan suspek pada jam 1 pagi dan membawanya ke Balai Polis Trafik IPD Muar untuk siasatan lanjut.
"Aksi terbabit didapati membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. Polis merampas motosikal jenis Yamaha Y100 dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Raiz Mukhliz berkata, polis turut menahan lima remaja bawah umur kerana didapati berkumpul di lokasi perlumbaan serta menunggang motosikal tanpa lesen.
"Kesemua remaja itu kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik IPD Muar manakala penjaga serta ahli keluarga mereka turut dipanggil untuk tindakan saman.
"Polis meminta ibu bapa mahupun penjara supaya memantau anak-anak agak tidak terbabit dengan aktiviti tidak sihat seperti merempit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wheelie-depan-polis |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|