CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

[Terengganu] 120 pembeli kecewa rumah tak siap

[Copy link]
Post time 6-5-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian daripada pembeli rumah Projek Perumahan Gong Chempedak Fasa 3 meminta kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan segera pembinaan yang terbengkalai sejak 2018. - NSTP/ZAID SALIM

MARANG: Seramai 120 pembeli kecewa apabila hasrat memiliki kediaman sendiri belum tercapai kerana rumah idaman yang mula dibina pada 2016, masih terbengkalai .

Projek Perumahan Gong Chempedak Fasa 3 itu terbengkalai selepas dua tahun dilaksanakan, turut menyebabkan pembeli terpaksa menanggung beban kewangan tambahan kerana terpaksa membayar ansuran bulanan kos membeli rumah berkenaan antara RM400 hingga RM800 sebulan sejak 2018.

Mereka yang tinggal menyewa menerima nasib lebih teruk kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sehingga RM1,000 setiap bulan bagi membiayai kos sewa rumah dan bayaran bulanan pinjaman perumahan yang terbengkalai itu.

Justeru, pembeli yang sebilangan besarnya daripada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) menggesa pemaju segera menyelesaikan masalah berkenaan.


Penjawat awam, Abdul Halim Mohamed, 34, meminta kerajaan negeri campur tangan kerana masalah itu sudah lama berlarutan.

"Disebabkan tidak ada tempat tinggal, keluarga saya terpaksa menumpang rumah ibu, tapi sampai bila?," katanya yang membeli rumah di projek berkenaan pada 2016 untuk keselesaan keluarga.

"Sehingga kini rumah masih belum siap, berapa lama lagi kami harus tunggu sedangkan bayaran dibuat setiap bulan. Harap pemaju dapat menyelami perasaan pembeli yang kecewa, sedih, terbeban dengan pelbagai masalah.

"Ada terpaksa menumpang rumah keluarga atau menyewa rumah sementara menunggu rumah sendiri siap," katanya kepada pemberita di tapak projek perumahan berkenaan, di sini, hari ini.

Mohamad Hafiz Salleh, 38, berkata dia membeli rumah berkenaan selepas berkahwin, namun tidak tahu bila kediaman itu boleh dimiliki.

"Kami sangat kecewa dengan pemaju, tak tahu kenapa pemaju hentikan pembinaan projek itu pada 2018.

"Sudah banyak kali kami buat aduan kepada kerajaan negeri kerana projek didirikan atas tanah kerajaan negeri, namun kecewa kerajaan negeri tak dapat membantu kerana mendakwa ia projek swasta dan bukannya projek kerajaan negeri.

"Daripada tidak ada anak sampai sekarang sudah dua anak, masing-masing berusia empat dan dua tahun, rumah tak dapat-dapat lagi," katanya yang juga membawa keluarganya menumpang di rumah ibu.

Noranizan Mohd Arshad, 39, pula berkata, kerana tidak mahu menyusahkan keluarga, dia terpaksa menyewa rumah lain sementara menunggu rumah berkenaan siap, namun beban kewangannya turut bertambah.

"Saya belanjakan untuk rumah sahaja kira-kira RM1,000 sebulan, iaitu sewa rumah dan potongan bulanan rumah yang terbengkalai berkenaan," katanya sangat berharap kerajaan negeri dan pemaju dapat menyelesaikan projek berkenaan secepat mungkin.

Difahamkan, perjanjian jual beli projek terbabit memaklumkan penyerahan kunci rumah sepatutnya pada 2020, namun sehingga kini status projek berkenaan tidak ketahui.
https://www.bharian.com.my/berit ... cewa-rumah-tak-siap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.039955 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list