CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Imam meninggal di gelanggang badminton

[Copy link]
Post time 6-5-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Allahyarham Imam Masjid Muadz Bin Jabal, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, Muadzeen Ackil. - FB SHAHRIZAN DAUD AT TURABI

KUALA LUMPUR: Imam Masjid Muadz Bin Jabal di Taman Setiawangsa, di sini, Muadzeen Ackil meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di sebuah gelanggang.

Difahamkan, Allahyarham yang juga johan qari Majlis Tilawah al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan 2020 rebah secara tiba-tiba dalam kejadian kelmarin sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kemudian disahkan meninggal dunia.

Pendakwah bebas, Shahrizan Daud At Turabi turut memuat naik perkongsian mengenai pemergian Muadzeen di Facebooknya, semalam.

Menurutnya, beliau juga pernah bertugas bersama Muadzeen sebagai imam di masjid berkenaan dan menyifatkan arwah seorang imam ratib yang berdedikasi menjalankan tugas serta amanahnya.


"Awal subuh Jumaat hari yang penuh berkat ini, saya mendapat perkhabaran duka dan menyedihkan, rakan imam yang sama berkhidmat di Masjid Muadz Bin Jabal, Ustaz Muadzeen Ackil meninggal dunia.

"Dia rebah selepas bermain badminton dan tidak berjaya dipulihkan serta disahkan meninggal dunia," katanya dalam hantaran berkenaan.

Katanya, Muadzeen berasal dari Lombok, Indonesia dan dengan usaha serta sumbangan jemaah, Allahyarham menyelaras pembinaan masjid di Lombok, juga dinamakan Masjid Muadz Bin Jabal, yang turut menjadi pusat pengajian Islam dan al-Quran.

Di Masjid Muadz (bin Jabal), beliau mengajar jemaah membaca al-Quran, tajwid dan taranum. Beliau juga adalah johan qari Wilayah Persekutuan dan mewakili Wilayah Persekutuan di Musabaqah al-Quran Kebangsaan.

"Sepanjang saya menjadi ketua imam di Masjid Muadz Bin Jabal, arwah adalah seorang imam ratib yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugas serta amanahnya, disenangi masyarakat setempat dan kehidupannya banyak dihabiskan dengan al-Quran," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... elanggang-badminton
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.067319 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list