CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Mangsa ragut diminta buat laporan polis

[Copy link]
Post time 7-5-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode

KEJADIAN ragut di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Off Jalan Ipoh, yang tular di media sosial. FOTO ihsan PDRM

Kuala Lumpur: Polis meminta wanita yang menjadi mangsa ragut di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Off Jalan Ipoh, di sini, tampil membuat laporan polis berikutan kejadian itu tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya mengesan sebaran sebuah klip video kejadian ragut berdurasi 30 saat memaparkan rakaman seorang wanita diragut kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurutnya, semakan yang dilakukan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku di sebuah kedai di lokasi terbabit pada 11.59 pagi semalam.

"Siasatan lanjut mendapati mangsa ketika kejadian sedang berjalan di tepi kaki lima kedai sebelum diragut oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.

"Suspek dilihat dengan pantas menarik beg tangan mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, pihaknya sudah membuat semakan dan mendapati tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden itu.

"Oleh itu, polis menyeru mangsa yang terbabit dalam insiden ini tampil membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -buat-laporan-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.051660 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list