CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

[Perak] Pihak menceroboh MAPS boleh diambil tindakan

[Copy link]
Post time 8-5-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode

SAARANI pada sidang media hari ini. FOTO L Manimaran.

Ipoh: Individu yang menceroboh taman tema Movie Animation Parks Studio (MAPS), di sini, boleh diambil tindakan undang-undang, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata, walaupun sudah ditutup sejak tiga tahun lalu dan bukan lagi di bawah tanggungjawab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), tindakan masih boleh diambil.

"Taman tema itu kini milik pemiutang, dan pihak berkenaan berhak membuat laporan polis jika ada individu yang menceroboh di tapak persendirian itu.

"Jadi kalau isu keselamatan yang dibangkitkan bermakna dia (pemiutang) kena buat laporan polis sebab itu (MAPS kini) adalah harta persendirian.

"Jadi kalau ada orang masuk tanpa kebenaran tuan punya hartanah itu, maka dia (tuan tanah) boleh membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil," katanya ketika ditemui selepas majlis pecah tanah projek pembinaan kilang di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Eksekutif, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.

Beliau mengulas mengenai tindakan segelintir pempengaruh (influencer) media sosial yang kebelakangan ini masuk ke kawasan taman tema berkenaan untuk merakam gambar dan memuat naik di medoa sosial.

Baru-baru ini, tular di Facebook hantaran gambar seorang lelaki yang dilihat memasuki MAPS sambil memperlihatkan suasana dalaman kawasan taman tema itu yang kini diliputi semak-samun.

Namun, hantaran berkenaan dipercayai sudah dipadamkan selepas dikritik sebilangan warganet.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eh-diambil-tindakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.153421 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list