CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 0

[Johor] MB Johor puas hati kelancaran trafik di laluan keluar masuk sempadan negara

[Copy link]
Post time 9-5-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Johor Bahru: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, berpuas hati dengan kelancaran proses keluar masuk di sempadan darat Johor membabitkan laluan motosikal dan kereta pagi ini.

Ia susulan cadangan formula baharu pertukaran syif diumumkan oleh pihak bertanggungjawab untuk mengatasi kesesakan ketika waktu puncak terutama di Tambak Johor, yang juga laluan sempadan paling sibuk di dunia dengan lebih 30,000 pengembara setiap hari.

Difahamkan formula baharu pertukaran syif itu belum dilaksanakan.

Onn Hafiz, yang sudah melakukan pemeriksaan mengejut secara berkala di kaunter Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Gelang Patah sejak beberapa minggu lalu, juga mahu segera memperbaiki situasi demikian bagi pejalan kaki dan mereka yang menaiki bas.

"Alhamdulillah, laluan motosikal dan kereta semakin baik di BSI dan KSAB. Sekarang kita perlu memperbaiki (laluan) bagi mereka yang berjalan kaki dan menaiki bas.

"Purata waktu menunggu dekat sini (laluan pejalan kaki dan bas) adalah kira-kira 40 minit," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap itu yang meluangkan masa kira-kira 40 minit di BSI, turut menyiarkan rakaman video berdurasi 13 saat menunjukkan penumpang menunggu dan menaiki bas untuk memasuki Singapura.

Hantaran di Facebooknya itu mendapat 94 komen daripada orang ramai setakat 11.37 pagi, dengan kebanyakannya memuji usaha beliau dan ada mencadangkan untuk menambah baik kemudahan awam seperti tandas serta cara menambah baik bagi mereka yang menaiki bas.

Khamis lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dilaporkan akan melaksanakan formula baharu pertukaran syif di pintu keluar masuk laluan darat di BSI dan KSAB bagi memastikan semua kaunter dibuka ketika waktu puncak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh dilaporkan berkata, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di BSI kekurangan hampir 300 kakitangan lagi bagi melaksanakan pembukaan semua 284 kaunter secara maksimum pada waktu puncak.

Katanya, ketika ini CIQ BSI mempunyai 1,074 kakitangan Imigresen berbanding keperluan kakitangan iaitu 1,347 dan akan menempatkan 100 lagi kakitangan baharu di CIQ BSI akhir Mei ini susulan rekrut Imigresen bakal tamat latihan pada 20 Mei ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... suk-sempadan-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.211146 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list