CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

[Johor] 'Saya terpaksa buat laporan palsu kerana desakan peminjam'

[Copy link]
Post time 14-5-2023 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 14-5-2023 03:35 PM




NUR Zaman didenda RM400 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Batu Pahat kerana membuat laporan palsu. FOTO Ali Iqbal

Batu Pahat: "Saya terpaksa membuat laporan palsu dirompak kerana desakan daripada peminjam supaya melunaskan hutang mereka," demikian dakwa seorang duda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membuat laporan palsu, April lalu.

Tertuduh, Nur Zaman Nasir, 31, memberikan alasan itu selepas ditanya peguam Tan Song Yan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) sebelum Majistret Nur Asidah A Rahman menjatuhkan hukuman denda RM400.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh yang juga seorang jurujual dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, tertuduh membuat laporan di Balai Polis Sri Gading mendakwa beg sandang miliknya disamun pada jam 4.10 petang, 5 April lalu.

Dalam laporan itu, tertuduh mendakwa kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Jalan Rahmat menuju ke Jalan Tanjung Laboh, di sini.

Bagaimanapun, polis menjalankan siasatan bersabit laporan dibuat tertuduh mendapati ia palsu dan sengaja diada-adakan cerita bagi mengelak dia membayar hutang.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kesalahan dilakukannya.

Tan bagaimanapun meminta mahkamah meringankan hukuman kerana tertuduh perlu membesarkan dua anak berusia dua hingga empat tahun serta menjaga ibunya berusia 58 tahun yang sakit.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... na-desakan-peminjam




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.047333 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list