CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Johor] Ulat 'Plutella' serang ladang sayur

[Copy link]
Post time 14-5-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode

Peladang sayuran di Johor menunjukkan ulat perosak pemakan sayur dikenali sebagai Plutella atau nama saintifiknya 'Plutella Xylostella' yang merosakan hasil ladang sayuran yang menyebabkan sayuran rosak sehingga menjejaskan bekalannya. FOTO IHSAN PERSEKUTUAN PENANAM SAYUR

Johor Bahru: Ladang sayuran di negara ini diserang ulat perosak pemakan sayur yang menyebabkan bekalan sayuran terutama berdaun terjejas, sejak cuaca panas melampau melanda negara akhir bulan lalu.

Pengerusi Persekutuan Penanam Sayur Sayuran Malaysia, Lim Ser Kwee, serangan ulat perosak pemakan sayur dikenali sebagai Plutella atau nama saintifiknya 'Plutella Xylostella' itu menyebabkan beberapa jenis bekalan sayuran terutama berdaun berkurangan sehingga 20 peratus.

"Kebanyakan ladang sayuran di seluruh negara terutama negeri ini, Pahang dan Perak kini diserang dengan ulat pemakan sayuran dipanggil Plutella, sejak cuaca panas melampau melanda negara.

"Sebelum ini serangan ulat perosak ini sangat minimum kerana kita menerima jumlah hujan yang tinggi menyebabkan air hujan mengalirkan telur-telur ulat yang dikeluarkan larva ulat berkenaan tanpa sempat ia menetas dan merosakkan sayuran.

"Namun akibat cuaca panas berpanjangan dengan hujan yang sangat kurang menyebabkan ulat berkenaan dapat menetas dalam kuantiti yang besar di ladang sayuran sebelum menyerang dan merosakkan hasil sayuran ditanam.

"Serangan ulat ini menyebabkan hasil sayuran berdaun terutama sawi, kobis, terung, kacang panjang, bendi dan cili berlubang-lubang sekali gus ditolak pembekal dan menyebabkan kekurangan bekalan," katanya ketika dihubungi.

Pada 5 Mei lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dilaporkan menyenaraikan lapan negeri yang mudah dipengaruhi fenomena El-Nino yang menyebabkan cuaca kering dan panas melampau berdasarkan pengalaman kejadian El-Nino antara 2015 hingga 2016.

Negeri terbabit adalah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

SPAN dilapor berkata, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, kebarangkalian berlakunya El-Nino adalah sekitar 57 peratus bermula Jun hingga September dan meningkat kepada 62 peratus pada September sehingga November 2023.

Ditanya sama ada harga sayuran melambung disebabkan serangan ulat perosak itu, Lim berkata, tiada peningkatan signifikan berlaku setakat ini kerana kekurangan bekalan beberapa jenis sayuran berkenaan masih terkawal.

Katanya, turun naik harga sayuran memang sangat bergantung kepada bekalannya di pasaran namun ketika ini kekurangan beberapa jenis sayuran hanya menyebabkan kenaikan yang tidak begitu tinggi.

"Setakat ini musim panas belum menjejaskan operasi ladang sayuran seluruh negara.

"Kolam-kolam tadahan air bagi mengairi sayuran belum kering seperti fenomena El Nino yang melanda negara sebelum ini.

"Bagaimanapun, jika cuaca kering sehingga pertengahan Jun nanti, kita risau kolam tadahan akan mulai kering sekali gus menjejaskan hasil sayuran negara yang sudah tentu akan rosak dan tidak dapat bertahan dalam suhu panas melampau," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... serang-ladang-sayur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.072621 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list