CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1265|Reply: 2

Mohd Shuhaily Ketua Polis Kuala Lumpur baharu

[Copy link]
Post time 15-5-2023 02:21 PM | Show all posts |Read mode
Mohd Shuhaily Ketua Polis Kuala Lumpur baharu


Oleh Nor Azizah Mokhtar - Mei 15, 2023 @ 1:51pm bhnews@bh.com.my




Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur diantara Datuk Abu Samah Mohd Noor (kiri) dan Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur - Foto NSTP/AZHAR RAMLI




KUALA LUMPUR: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Mohd Shuhaily mengambil alih tugas itu dari Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, Datuk Abu Samah Mohd Noor yang memangku jawatan itu sejak 8 Mei lalu.

Majlis serah terima tugas diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini dengan disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pada majlis sama, berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kuala Lumpur antara pemangku jawatan itu, Datin Nurhaidah Jamil kepada Datin Ennie Salina Roseli.

Ayob Khan dalam ucapannya berharap semua warga Polis Kuala Lumpur dapat memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada Mohd Shuhaily sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

"Peralihan pucuk pimpinan adalah satu proses yang amat penting dalam menjaga kesinambungan urus tadbir sesebuah jabatan.

"Proses itu penting bagi memastikan PDRM khususnya Polis Kuala Lumpur terus kekal revelan sebagai agensi yang utuh dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara," katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin menggantikan Shuhaily di Pulau Pinang juga berkuat kuasa hari ini.

Sementara itu, Mohd Shuhaily yang ditemui berkata, Kuala Lumpur sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian ramai banyak pihak dalam segala aspek termasuk keselamatan dan pembanterasan jenayah.

"Kalau Kuala Lumpur berjaya, maka berjayalah seluruh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini dan Bukit Aman juga mendapat gambaran yang baik.

"Maka saya sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur, itu adalah amanat daripada pihak Bukit Aman kepada saya dan saya akan laksanakan amanat ini. Itu adalah tanggungjawab saya," katanya.

Tambahnya, beliau akan bekerja bersama-sama semua warga IPK Kuala Lumpur untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota yang selamat didiami dan dikunjungi bukan sahaja oleh masyarakat setempat malah pelancong luar negara.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2023 02:47 PM | Show all posts






Mohd Shuhaily (enam kanan) bergambar bersama Ayob Khan dan barisan pegawai polis IPK Kuala Lumpur.


kredit - sinar harian.



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:06 PM | Show all posts
Tahniah KL. DS ni atlet dan smart keje.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050765 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list